Kerajaan tidak bankrap tapi kewangan lemah
Oleh A Kadir Jasin
AWAL minggu ini seorang menteri kanan dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan tidak bankrap. Menteri itu menolak dakwaan pembangkang yang kerajaan muflis.
Dari segi teknikal memanglah kerajaan tidak bankrap tetapi boleh kata setiap orang tahu bahawa kewangan kerajaan berada dalam keadaan yang tersepit.
Ini terbukti dengan pemotongan besar peruntukan pengurusan dan pembangunan pelbagai kementerian dan jabatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kalau ikut kefahaman biasa, memanglah kerajaan tidak bankrap tetapi kekurangan hasil. Kita ambil contoh Belanjawan 2018.
Kerajaan cadang belanja RM280.25 bilion iaitu RM234.45 untuk mengurus dan RM46 bilion untuk pembangunan. Tapi hasil kerajaan dianggarkan RM239.9 bilion saja.
Ini bermakna selepas dibelanjakan untuk bayar gaji kakitangan, selenggara aset awam dan bayar hutang, kerajaan hanya ada baki RM5.45 bilion. Bagi menampung perbelanjaan pembangunan sebanyak RM46 bilion itu kerajaan terpaksa berhutang RM40.55 bilion.
Kerajaan berhutang untuk membiayai pembangunan bukan perkara baru. Cuma yang jadi kebimbangan dan masalah ialah hutang yang diambil oleh kerajaan meningkat dengan banyak daripada setahun ke setahun sedangkan ekonomi yang dijana tidak memberikan kesan yang sepatutnya kepada rakyat jelata.
Kita faham yang hasil kerajaan merosot dengan teruk sejak 2015 akibat kejatuhan harga minyak mentah daripada lebih AS$100 (kira-kira RM400) satu tong kepada kurang daripada AS$50 (RM200). Sekarang harga minyak mentah telah naik sikit kepada AS$70 (RM280).
Yang menjadi persoalan adalah ke mana perginya simpanan dan rizab kerajaan ketika harga minyak mentah tinggi dan ekonomi baik?
Sebaliknya yang kita tahu adalah rizab antarabangsa yang disimpan oleh Bank Negara sendiri jatuh dengan teruk di antara tahun 2013 dan 2015 iaitu dengan sebanyak hampir AS$40 bilion (RM160 bilion).
Kerajaan bagi alasan kemerosotan besar itu berlaku kerana penarikan keluar modal asing walaupun ada pihak yang mempertikaikannya. Mereka percaya kejatuhan itu turut disebabkan oleh kerugian perniagaan mata wang yang dibuat bagi mempertahankan nilai Ringgit.
Akibat kejatuhan harga minyak mentah, kemerosotan rizab dan perbagai skandal kewangan, nilai duit kita jatuh dengan teruk.
Manakala mata wang negara-negara jiran mengalami kejatuhan antara tujuh hingga 10 peratus berbanding dolar Amerika, kadar tukaran Ringgit jatuh lebih 20 peratus.
Kejatuhan hasil yang teruk dan hutang yang melambung memaksa kerajaan membebankan lagi rakyat jelata dengan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula pada April 2015.
Manakala GST menjadi sumber hasil yang lumayan bagi kerajaan dengan kutipan dianggarkan RM45 bilion tahun ini, ia membebankan pengguna dengan dua cara iaitu cukai enam peratus dan kenaikan harga.
Secara teknikal memang kerajaan tidak bankrap kerana ia terus mampu bayar balik hutang dan mana-mana hutang yang lambat dibayar tidak dikenakan tindakan mahkamah. Jadi kerajaan tidak diisytiharkan muflis.
Tahun ini kerajaan dijangka membelanjakan RM31 bilion untuk bayar bunga saja. Ini kerana hutang kerajaan telah meningkat dengan banyak sejak 10 tahun lalu, daripada kira-kira RM300 bilion kepada RM685 bilion pada hujung tahun lepas.
Jadi betullah dakwaan menteri itu bahawa kerajaan tidak muflis tetapi kedudukan kewangan kerajaan tidaklah di tahap terbaik seperti yang pernah dialami sebelum ini.
Ada ramalan mengatakan jika hutang kerajaan terus meningkat pada kadar sekarang, jumlahnya akan mencapai satu trilion ringgit (RM1,000,000,000,000) pada tahun 2020.
Beban hutang yang sangat besar ini akan menyebabkan Ringgit terus lemah, harga barang terus naik dan faedah pinjaman tinggi. Wallahuaklam.
* Datuk A Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.