Modal 14 kerusi, PAS bergelut kuasai Terengganu sekali lagi
OLEH ABDUL RAHIM SABRI
KUALA TERENGGANU, 4 April — PAS berharap dapat melonjak lagi daripada 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya lalu untuk menguasai Terengganu, sekali lagi.
Namun dengan kesihatan tokoh utamanya presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menentu, dan mungkin tidak mewakil kerusi negeri, PAS berdepan jalan lebih sukar.
Selain majoriti beberapa kerusi yang dimenangi lima tahun lalu tipis sahaja, ia juga berdepan perpecahan sehingga melahirkan Parti Amanah Negara (Amanah) pada 2015.
Walau enggan menyatakan angka spesifik, tokoh PAS negeri Datuk Mustafa Ali yakin PAS kembali menguasai Terengganu seperti 1999 dengan “majoriti mudah”.
Sesebuah parti perlu mendapat minimum 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jumlah 14 kerusi, dan satu PKR, pada 2013 pencapaian terbaik pembangkang selain 1999 dan 1959.
“Angka itu saya tidak tahu, tapi kita menang majoriti mudah,” kata bekas pengarah pilihan raya PAS, yang kini dilihat terpinggir dalam barisan kepemimpinan baru.
Tanpa mengira persempadanan semula yang diluluskan 28 Mac lalu, tujuh daripada 14 kerusi tersebut belum selesa kerana majoritinya bawah 1,000 undi, termasuk tiga DUN bawah 300 undi.
Tepuh meraih 229 undi dan Teluk Pasu 109 undi, kedua-duanya dalam parlimen Kuala Nerus yang dikuasai PAS dengan majoriti 610 undi sahaja.
Dengan keputusan ini, Umno bahagian yakin mereka dapat menawan semua empat kerusi negeri dan merampas parlimen tersebut, kini disandang Khairuddin Aman Razali.
Satu lagi, Rantau Abang dimenangi dengan majoriti 141 undi. Kerusi bawah parlimen Dungun ini dijangka akan dimenangi Barisan Nasional dengan mudah apabila mengambil kira perubahan pengundi susulan sempadan baru.
Dalam parlimen Hulu Terengganu, DUN Manir memperolehi majoriti 588 undi. Tetapi ia agak unik.
Walau undi kelihatan tipis, kerusi ini yang diwarisi daripada tokoh ulama PAS Datuk Harun Taib antara empat kubu terkuat PAS.
Ia sering dimenangi bawah 500 undi sejak 1995 kecuali pada gelombang Gerakan Reformasi dan penolakan Umno pada menteri besar waktu itu Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad pada 1999.
Bawah parlimen Marang, walau dikuasai Abdul Hadi, DUN Alur Limbat dimenangi 645 undi dan Bukit Payung pula 613 undi. Bukit Tunggal, juga bawah Kuala Nerus, pula mendapat 652 undi.
DUN Ladang, bawah parlimen Kuala Terengganu, pula mencatat majoriti 924 undi. Dulunya kubu kuat Umno, ia dikuasai tiga kali sahaja sejak 1999 termasuk hanya menang dengan 31 undi pada 2008.
Tidak lama selepas kemenangan Mei 2013, PAS dilanda perpecahan menjelang muktamar di Kuala Selangor dua tahun selepasnya. Kemunculan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilaporkan cukup berpengaruh di Terengganu.
Namun tidak ramai yang meninggalkan PAS atau menyertai Amanah. Malah, sumber-sumber Pakatan Harapan (PH) menyebut ramai ahli dan penyokong PAS bersikap “mempelam harumanis”, kulitnya memang hijau pekat macam simbol parti Islam tetapi isinya jingga, warna Amanah.
PAS bagaimanapun memandang kecil kesan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), serpihan Umno susulan krisis nasional apabila presidennya Datuk Seri Najib Razak ditolak Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi PAS, pengundi di negeri pantai timur itu hanya memilih antara dua: parti Islam atau BN. Kehadiran PKR sejak 1999 hanya ibarat “melukut di tepi gantang”, tiada kesan besar. Malah bekas sekutunya Parti Melayu Semangat 46 hanya bertanding dalam dua pilihan raya sahaja, 1990 dan 1995.
Menyedari nyawanya terancam mulai 2013, BN bertungkus lumus mahu merampas kerusi PAS selepas mereka gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya lalu.
Walau ada krisis menteri besar pada 2014, sewaktu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dilantik, tetapi kelihatannya ia tidak membarah dalam Umno negeri, justeru menyulitkan ia dimanipulasi oleh pembangkang.
Seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan dikenali yakin BN mampu melebarkan jurang antara dua musuh tradisi itu tetapi ketua PAS Kuala Terengganu cuba menafikannya.
“Dengan usaha dan kita juga bekerja dan memberi khidmat kepada rakyat, kita rasa kita boleh mengekalkan kemenangan [di kerusi tipis], bahkan tambah majoriti.”
“Daripada maklumat yang saya dapat insya-Allah [kita boleh menang]. Saya tidak mahu memberi angka, tetapi kita boleh memerintah,” kata Wan Sukairi Wan Abdullah
Disebut usaha PH menguasai parlimen tersebut, beliau berkata: “ahli PAS di Kuala Terengganu ini mempunyai asas dan teras yang kuat dengan perjuangan Islam. Amanah pula bersekongkol dengan DAP.”
Terengganu memang dikenali lubuk pengundi Melayu. Pengundi bukan Melayu hanya memberi kesan pada dua kerusi sahaja, Bandar di parlimen Kuala Terengganu dan Chukai di Kemaman.
Mustafa
juga melihat Amanah tidak mampu mempengaruhi pengundi tegar PAS,
sebaliknya pemimpin peringkat pertengahan saja yang beralih kem.
“Ramai ahli akar umbi payah hendak terpengaruh, mereka tidak terkesan. Amanah dan PPBM ini 'perosak undi' saja. Hendak menang payah,” katanya.
Pengaruh Dr Mahathir tidak cukup memberi kemenangan kepada PH, tambahnya, malah penyokong Umno yang beralih kepada PPBM boleh menguntungkan PAS.
“Jadi ia menguntungkan PAS kerana [undi] orang Umno berkurang. PAS ada kelebihan. PPBM pula tidak cukup kuat,” kata Mustafa lagi.
Namun di tengah-tengah usaha PAS mengambil alih Terengganu, ia berdepan isu kesihatan Abdul Hadi sejak masalah jantung di Turki pada 2014.
Berusia 71 tahun Oktober depan, beliau sering tidak hadir di Parlimen, termasuk dalam perbahasan isu utama, sehingga menjadi buah mulut ramai, khususnya para penentangnya.
Abdul Hadi disebut-sebut ingin mempertahan kerusi Marang sahaja atau melepaskan kedua-duanya, termasuk kubu kuatnya Ru Rendang.
Ditanya isu kesihatan presiden mereka, Mustafa dan Wan Sukairi berharap presiden PAS terus menyumbang jasa.
“Beliau bertanding lagi. Saya tidak berhubung secara terus dengannya tetapi saya yakin [beliau] bertanding lagi kali ini, tetapi rasanya kerusi parlimen sahajalah,” jelas Mustafa.
Wan Sukairi hanya berkata bertanding atau tidak akan diketahui bila tiba masanya. “Kesihatannya masih stabil dan terkawal,” katanya.
Seorang anaknya, mungkin ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi, bakal mengisi kekosongan tokoh ulama itu di DUN Ru Rendang, kerusi yang tidak pernah disentuh oleh BN sejak pilihan raya 1982 lagi.
Abdul Hadi bakal mempertahankan kerusi parlimen itu yang ditandingi sejak 1986. Dalam tempoh itu, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya sehingga 2013.
PAS, dengan PKR, menguasai Terengganu sepenggal selepas menang luar biasa dengan 28 kerusi pada pilihan raya umum 1999 sebelum tewas luar biasa juga pada 2004, yang menyaksikan persempadanan semula, dengan berbaki empat kerusi.
Sukar parti Islam ini berdepan dengan perpecahan yang melahirkan Amanah walau Umno juga melahirkan PPBM kecuali krisis dalam Umno negeri begitu parah seumpama 1999.-
Sumber: themalaymailonline.com

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.