https://critoxium.com/shop/

Terkini

AGC bantah cabaran akta antiberita palsu oleh Malaysiakini

Pejabat Peguam Negara (AGC), yang mewakili kerajaan baru Pakatan Harapan membantah permohonan semakan kehakiman Malaysiakini bagi mencabar keperlembagaan Akta Antiberita Palsu 2018 yang diluluskan baru-baru ini.

Ini didedahkan oleh peguam Mkini Dotcom Sdn Bhd, N Surendran dan Latheefa Koya.
Tarikh peribicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini pada asalnya ditetapkan untuk menentukan kebenaran mendengar kes berkenaan.

Surendran berkata tindakan pihak AGC menentang cabaran itu adalah sesuatu yang memalukan.
"Kerajaan HARAPAN telah berjanji untuk memansuhkan akta itu jika mereka menang," katanya.
Hakim Datuk Azizah Nawawi kini menetapkan 21 Mei untuk mendengar permohonan kebenaran itu.
Malaysiakini melalui syarikatnya MKINI Dotcom Sdn Bhd menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia sebagai responden

Permohonan itu difailkan oleh firma undang-undang Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Portal itu memohon perisytiharan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar 2018 adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 (1), yang dibaca bersama Perkara 8 dan oleh itu melanggar perlembagaan, dan harus diisytiharkan batal dan tidak sah.

Perkara 5 berkaitan kebebasan individu manakala Artikel 10 (1) merangkumi kebebasan bersuara.

Ia juga memohon perintah mandamus untuk memaksa mahkamah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri membatalkan undang-undang yang diwartakan bertarikh 11 April tahun ini yang menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang.

Malaysiakini juga mencari relief lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.