https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Ingat janji kita, mansuhkan akta antiberita palsu'

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengingatkan kerajaan baru Pakatan Harapan supaya menunaikan janji memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar yang diperkenalkan oleh BN sebelum ini.

“Akta antiberita tidak benar, yang bersifat drakonian, harus dimansuhkan.

“Janji kita kepada rakyat, untuk mansuh undang-undang drakonian,” katanya di Twitter hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di RTM semalam berkata undang-undang antiberita palsu akan diberi takrifan yang jelas.

Mahathir menjamin kerajaan tidak akan mengambil tindakan kepada organisasi berita walaupun menyiarkan berita yang tidak memihak kepada kerajaan, selagi tidak bertujuan mencetuskan huru-hara.

Mahathir bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas sama ada kerajaan akan memansuh atau meminda Akta Antiberita Tidak Benar atau merangka undang-undang baru.

Sebelum ini, beliau pernah berkata Pakatan Harapan akan memansuhkan undang-undang itu jika berjaya menjadi kerajaan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.