Undi Pakatan, Mahathir buktikan gigih lawan BN, kata Anwar
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat
menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memilih Pakatan Harapan (PH)
pada pilihan raya esok.
Dalam perutusan malam tadi, ketua umum PH itu berkata sokongan tersebut supaya Mahathir dapat memperbaiki kebobrokan negara akibat rasuah dan salah guna kuasa.
“Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat dan negara,” katanya.
“Beliau bersabar menerima penghinaan Umno-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera PH”.
Anwar juga mendakwa kerajaan khuatir dengan gandingannya dan Mahathir, malah mereka aneh dan bingung dengan kerjasama itu.
Mengakui wujud “keresahan awal”, Anwar dan keluarga sudah mengenepikan masalah lalu dengan Mahathir.
“Pakatan Harapan mendambakan perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara,” katanya, dijadual dibebas 8 Jun ini.
Dalam perutusan malam tadi, ketua umum PH itu berkata sokongan tersebut supaya Mahathir dapat memperbaiki kebobrokan negara akibat rasuah dan salah guna kuasa.
“Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat darjat dan martabat rakyat dan negara,” katanya.
“Beliau bersabar menerima penghinaan Umno-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera PH”.
Mengakui wujud “keresahan awal”, Anwar dan keluarga sudah mengenepikan masalah lalu dengan Mahathir.
“Pakatan Harapan mendambakan perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara,” katanya, dijadual dibebas 8 Jun ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.