Umno dan BN dalam kenangan
Oleh SHAMSUL MA'ARIF ISMAIL
Parti manakah yang akan menggungguli PRU Ke-14 masih menjadi teka-teki. Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri masih belum menunjukkan keyakinan bahawa mereka boleh menang besar. Ini adalah kerana banyak faktor dan senario politik Negara telah kian berubah.
DS Najib terpaksa pergi semula buat kali kedua ke Sabah bagi meraih undi dari para pengundi di sana. Wajah dan bahasa tubuh DS Najib sekembalinya dari Kota Kinabalu boleh dilihat sangat tidak meyakinkan dan menunjukkan rasa risau yang amat sangat. Beliau terus menyerang PH yang dikatakan dikuasai oleh Parti DAP dan menggugat nasib dan masa depan orang Melayu dan agama Islam.
Dalam masa yang sama pemecatan terkini dari ahli Umno sebagaimana yang dmaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno baru-baru ini iaitu Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim Penasihat Kerajaan Malaysia yang terbaru sangat mengejutkan ahli biasa Umno dan masyarakat umum.
Pada zahirnya ianya akan dilihat boleh menghapuskan parasit dari dalam sekaligus memulihkan Umno dari dalam. Namun barang diingat pemecatan ketiga-tiga nama besar dalam sejarah Umno ini belum tentu boleh menjamin Umno sihat dan pulih. Mereka adalah tokoh besar yang sangat berpengaruh.
Sokongan beralih arah oleh ketiga-tiga nama besar kepada PH sangat memberi impak yang besar terhadap keputusan PRU kali ini. Ini ialah kerana sudah tentu mereka mempunyai pengikut setia mereka di dalam Umno. Ia akan menyebabkan pengundi atas pagar melihat bahawa Umno sudah berpecah belah dan harapan masa depan adalah kelam.
Ianya juga sekaligus memberi signal kepada masyarakat umum pengundi bahawa Pakatan Harapan adalah parti yang boleh menggantikan Umno dan BN yang kian nazak.
Pemecatan tokoh besar dan legasi Umno Tun Dr Mahadhir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Afdhal sudah pun membawa kesan buruk kepada Umno dan BN. Bahkan kejayaan Shafie Afdhal di Sabah menubuhkan Parti Warisan dan terlibat sebagai pembangkang utama Umno dan BN di Sabah akan menghakis ‘kotak selamat’ bagi Umno dan BN. Kini silap haribulan Sabah akan jatuh ke tangan Parti Warisan.
Kekuatan PH kini bukan lagi satu impian dan khayalan. Jelajah Pimpinan PH yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama seluruh kepimpinan utamanya ke seluruh Negara telah mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat tanpa mengira kaum dan agama yang sangat luarbiasa. Tidak pernah anda melihat sambutan sebegini hebat dan begitu ramai hingga puluhan ribu orang walaupun dalam cuaca hujan dan panas. Rakyat dilihat sudah berani menunjukkan secara terbuka untuk kali ini melakukan perubahan dalam senario politik Negara pada PRU 14 kali ini.
Kemasukan tanpa dijangka Ustaz Nik Omar bin Datuk Nik Abdul Aziz ke dalam Amanah sekaligus menjadi calon PH di Dun Cempaka negeri Kelantan telah membawa satu gelombang baru dan sokongan luar biasa terutama khasnya dari Rakyat Kelantan termasuk dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri. Beliau dilihat dalam sekelip mata muncul di tengah gelombang pilihanraya membawa imej dan mesejnya yang tersendiri seolah-oleh menghidupkan kembali legasi Tok Guru Dato Nik Abdul Aziz.
Kemunculannya ke seluruh Negara dilihat akan memberi persepsi bahawa PH kini mendapat sambutan dan sokongan para Ilmuan Islam dan sudah semestinya memberi keyakinan bahawa PH boleh memperkasakan dan memulihkan peranannya dalam mengembalikan kedaulatan Islam di dalam Negara Malaysia dengan cara yang sangat harmoni.
Penyokong dan pengkagum Ustaz Nik Omar bukan sahaja dari kalangan pengikut beragama Islam bahkan turut mendapat sokongan terbaru dari kalangan pengundi bukan Islam yang merasakan beliau telah berjaya memberi gambaran agama Islam yang sangat rahmah dan indah sesuai dengan masyarakat majmuk di dalam Negara ini.
Pembebasan DS Anwar Ibrahim dijangka pada 8 Jun 2018 ini juga akan memberikan semangat kepada isteri beliau DS Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PH untuk menerajui masa depan Negara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PH. Senario baru ini sudah tentu akan menyuntik semangat dan penyokong PH serta rakyat amnya akan perubahan yang telah dinanti-nanti pada hari pilihan raya nanti.
Mengikut kajian terkini oleh pelbagai Institusi seperti INVOKE, PH akan memenangi PRU kali ini dengan majoriti mudah. Jika ini terjadi jumlah sasaran untuk mendapatkan kemenangan kerusi Parlimen minima 112 kerusi akan menjadi kenyataan. Dengan kejayaan ini maka bolehlah PH membentuk sebuah kerajaan yang baru pada pagi 10 Mei 2018.
Jika inilah yang bakal terjadi pada 9 Mei 2018 maka Umno dan BN akan menjadi sejarah kekalahan yang amat memeritkan dan mereka harus menerima keputusan ini dengan lapang dada kerana rakyat telah membuat keputusan mereka.
Apapun semuanya kita serahkan kepada para pengundi untuk membuat pilihan bijak dan semuanya kita serahkan kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui. Moga keputusan yang akan diisytiharkan oleh SPR nanti pada malam 9 Mei 2018 adalah baik untuk Malaysia.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.