Guru produktif pemacu transformasi pendidikan
Oleh Dr Ismail Sualman
INSAN bergelar guru merupakan individu penting dan berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing serta membentuk kemenjadian murid. Sama ada guru yang mengajar di sekolah atau pensyarah di pusat pengajian tinggi berperanan kepada setiap manusia yang berguru mengenal huruf serta mengenal erti kehidupan. Bermaksud guru mendidik dan membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Sumbangan guru amat bernilai dan mulia dalam mencorak generasi dan legasi. Maka guru adalah katalis yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.
Bermula dengan aktiviti di kelas atau bilik darjah, guru telah membawa tranformasi dengan melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.
Sesuai dengan Tema Hari Guru 2018 “Guru Pemacu Transfrormasi Pendidikan”, guru ialah ejen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan.
Guru produktif
Untuk melahirkan guru yang produktif, maka sudah tentu pendidik ini telahpun menanamkan budaya mengutamakan produktiviti sebagai asas hidup (the way of life). Bermaksud guru produktif mestilah mengutamakan kesihatan, emosi, mental dan fizikal dalam apa jua tugas atau rutin harian malahan cabaran yang dihadapinya.
Guru kini berhadapan dengan rintangan dan cabaran di generasi Y, yang jauh berbeza dengan zaman lampau. Kalau dahulu ibu bapa akan menyerahkan anaknya pada hari pertama persekolahan pada guru. Tetapi kini terdapat segelintir ibu bapa yang memberi amaran kepada guru. Malah menyaman guru dan mengheret ke mahkamah semata-mata tindakan guru membentuk disiplin dan peraturan terhadap anak muridnya.
Guru yang produktif juga mestilah mempunyai pemikiran masa depan (forward thinking), dengan menerapkan pengajaran dan pembelajaran bersifat kognitif, pemikiran kritikal dan futuristik. Dalam era pendidikan moden masa kini yang dimantapkan dengan penggunaan media sosial mampu melahirkan pelajar yang bersifat glokal iaitu global tetapi berpaksikan lokal atau tempatan.
Penerapan idea inovatif dalam pendidikan juga mampu menghasilkan pelajar dan murid yang inovatif dan kreatif. Bermula di makmal misalnya guru yang produktif dan mempunyai daya intelektual telah menampilkan ramai saintis sain dan teknologi dan sain sosial.
Namun aspek yang penting bahawa guru produktif semestinya mengutamakan kelestarian (sustainability) dalam apa juga proses pengajaran pembelajaran. Dalam memastikan agar wujud pendidikan yang berterusan dan mampan, maka memerlukan sumber seperti manusia atau guru-guru yang terlatih dan berpengalaman, serta sumber kewangan dan juga peralatan serta kemudahan pembelajaran.
Sudah tentu guru produktif mempunyai nilai terbaik seperti amanah, harmoni atau kemesraan, serta seimbang dan kesinambungan dalam memikul tanggung jawabnya. Nilai-nilai ini bukan sahaja diterapkan dalam bilik darjah, namun perlu dilaksanakan dalam masyarakat dan menjadi budaya dalam kehidupan.
Maka, guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Malahan peranan guru juga terarah kepada menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.
Dalam usaha menuju sebagai sebuah negara maju, guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Dalam usaha menuju sebuah negara maju. guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.
Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru produktif perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.
Selamat Hari Guru.
* Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi UiTM, Shah Alam

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.