Singkir MB atau PH tersungkur
Oleh
TEMPOH enam bulan berkuasa bukan jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu bertahan satu penggal di Perak. Petanda krisis dalam PH semakin ketara.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa hari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa ada usaha melobi wakil rakyat UMNO oleh exco kerajaan negeri untuk menyokong undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar. Namun, kerajaan PH menafikannya dan mendakwa itu adalah tohmahan palsu dan gimik murahan.
Bukan hanya menteri besar tidak
mampu bertahan, bahkan kerajaan PH sendiri boleh tumbang bila-bila masa.
Dengan 29 kerusi bukan kedudukan kukuh untuk PH boleh memerintah hingga
tamat satu penggal. UMNO dan Pas bila-bila sahaja boleh mengambil alih
kuasa jika ada kompromi kerana masing-masing mempunyai 27 dan tiga
kerusi. Jika dua parti ini bersetuju berpakat selepas Pilihan Raya Umum
Ke-14 lalu, nescaya PH tidak memerintah di Perak.TEMPOH enam bulan berkuasa bukan jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu bertahan satu penggal di Perak. Petanda krisis dalam PH semakin ketara.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa hari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa ada usaha melobi wakil rakyat UMNO oleh exco kerajaan negeri untuk menyokong undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar. Namun, kerajaan PH menafikannya dan mendakwa itu adalah tohmahan palsu dan gimik murahan.
Usaha menyingkirkan Ahmad Faizal bergantung
kepada pengaruh UMNO. Tanpa sokongan UMNO, semua itu tidak menjadi.
Ahmad Faizal satu-satunya wakil rakyat daripada Bersatu dalam PH dan
dipilih sebagai Menteri Besar yang menang dengan majoriti 39 undi sahaja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chendering.
Dari segi komposisi parti, ternyata tiada
jaminan untuk Ahmad Faizal kekal sebagai menteri besar. DAP ada 18
kerusi, Amanah (enam kerusi) dan PKR (empat kerusi) yang mana mereka
memerlukan tiga lagi kerusi untuk menyingkirkan Ahmad Faizal melalui
undi tidak percaya. Sebab itu, mereka perlu melobi wakil rakyat UMNO.
Justeru, UMNO adalah penentunya. Pas
semestinya tidak menyokong PH kerana berseteru dengan DAP. Mahukah UMNO
membantu DAP, Amanah dan PKR dalam usaha menyingkirkan Ahmad Faizal?
Alang-alang membantu menyingkirkan Ahmad
Faizal, elok UMNO bersekongkol dengan Pas menumbangkan PH. Jika ini
berlaku, maka krisis politik 2009 di Perak bakal berulang. Untuk
mengelak krisis ini berulang, usaha menyingkirkan Ahmad Faizal melalui
undi tidak percaya dikatakan lebih bermaruah berbanding penyingkiran
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu. Atas faktor itu, sokongan
UMNO itu diperlukan.
Jika Ahmad Faizal disingkirkan, siapakah
penggantinya? Calon yang diuar-uarkan ialah Dr. Abdul Aziz Bari daripada
DAP. Mahukah istana menerima pencalonan Abdul Aziz sebagai menteri
besar? Sekiranya pencalonan beliau ditolak, adakah Mohammad Nizar
sebagai calon kedua?
DAP sebenarnya masih mempunyai agenda
‘tertangguh’ kerana wakil rakyatnya tidak boleh dilantik sebagai menteri
besar selepas PRU-12 (2008) dahulu kerana tiada wakil rakyat Melayu
beragama
Islam. Justeru, Mohammad Nizar dilantik
sebagai menteri besar. Kini DAP sudah mempunyai Abdul Aziz yang mahir
dalam perlembagaan dan bekas profesor. Jadi, DAP merasakan sudah tiba
masanya wakilnya menduduki kerusi menteri besar.
Ketika ini, krisis politik Perak umpama retak
menunggu belah. Mohammad Nizar sukar untuk dilantik sebagai menteri
besar kerana krisis politik 2009 dahulu turut membabitkan penyokongnya
dengan istana dan berlarutan hingga ke mahkamah.
Oleh itu, Mohammad Nizar bukanlah pilihan
kerana sejarah hubungannya dengan istana tidak baik.
Yang pasti ada risikonya jika Ahmad Faizal disingkirkan. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Jawatan menteri besar yang diimpikan oleh DAP, tetapi kerajaan PH tumbang.
Silap percaturan, UMNO dan Pas menguasai kerajaan Perak. Nasib PH umpama ayam menang, kampung tergadai.
Yang pasti ada risikonya jika Ahmad Faizal disingkirkan. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Jawatan menteri besar yang diimpikan oleh DAP, tetapi kerajaan PH tumbang.
Silap percaturan, UMNO dan Pas menguasai kerajaan Perak. Nasib PH umpama ayam menang, kampung tergadai.
Dari sudut pengamatan penulis, UMNO boleh
bersetuju dalam hal di atas mahu pun untuk menolaknya. Jika bersetuju,
apakah manfaatnya kepada UMNO? Sesungguhnya, Ahmad Faizal masih ada roh
atau DNA UMNO. Keluarganya orang kuat UMNO. Bapa mentuanya Datuk Radzi
Manan ialah Ketua Bahagian UMNO Kampar. Datuk Nolee Ashilin Radzi adalah
iparnya yang kini wakil rakyat Tualang Sekah.
Radzi ada pengaruh bagi memastikan menantunya
kekal sebagai menteri besar sentiasa terjamin. Daripada menyingkirkan
Ahmad Faizal, Radzi boleh mengemukakan kepada UMNO untuk bersatu dengan
Pas mengambil alih kuasa daripada PH.
Difahamkan hubungan Ahmad Faizal dengan
anggota Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak adalah baik dan SUK
sinonim dengan UMNO. Lagi pun, sebelum ini beliau pernah menjadi Ketua
Pemuda UMNO Ipoh Timur sebelum menyertai Bersatu.
Sejarah silam dan faktor kekeluargaan itu
menyukarkan usaha menyingkirkan Ahmad Faizal walaupun dikatakan kurang
berkesan dan gagal melaksanakan peranannya sebagai menteri besar. Idea
dan pandangannya juga kerap berbeza dengan exconya.
Hal ini menyebabkan politik Perak dalam
dilema dan menjurus kepada krisis besar. Jika ini benar berlaku, jelas
kerajaan PH Perak tidak stabil. Andai kata krisis politik dalam PH
berterusan, bukan hanya Ahmad Faizal boleh tersingkir, tetapi kerajaan
PH pun boleh tersungkur.
Dr. Malike Brahim ialah Perunding Kanan Global Political Analyst and Academic Consultant (GoPAC).
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.