Catatan seorang pemerhati PRU14
Oleh Abdul Naser Tun Rahman
TAHNIAH kepada Pakatan Harapan kerana meniup semangat baharu kepada rakyat Malaysia yang hampir-hampir mengalami brain death. Ia bukan sekadar tsunami rakyat tapi adalah tsunami budaya pemikiran.
Ummah Malaysia sedang mengalami perubahan epistemologi iaitu perubahan cara menilai realiti dan kebenaran. Ummah tidak lagi menilai melalui satu kaca mata parti tetapi menimbang melalui perspektif-perspektif yang mungkin khilaf atau bercanggah antara satu sama lain.
Maknanya ummah meragui mindset monokultural iaitu mindset yang hanya membenarkan satu aliran pandangan. Ummah raikan khilaf, perbezaan pendapat atau mindset multikultural.
Tetapi budaya pemikiran di sebahagian kawasan masih terbelenggu dengan mindset monokultural. Isu-isu yang disensasikan dan mendapat sokongan pengundi di sana mencerminkan kecenderungan monokultural yang berpijak atas taasub kepada keperibadian para tuan guru.
Isu-isu seperti air mani terbuang, doa laknat tentera ahzab, anak derhaka, malaikat mengundi, mimpi jumpa tuan guru, siapa kafir menjadi isu yang menentukan kalah menang satu parti. Sentimen keluarga disensasikan sehingga dibesarkan masalah hubungan ibu dengan anak, abang dengan adik, ayah dengan anak untuk dijadikan modal menangkan hati rakyat, khususnya bila anak seorang tuan guru.
Masalah maslahat rakyat dan rasuah diketepikan. Masalah air bersih dan kebersihan dianggap remeh sedangkan air adalah sumber kehidupan. Saya panggil budaya pemikiran ini 'syurgawan' kerana ia lebih utamakan janji syurga dari menjaga maslahat ummah yang terdiri daripada Muslimin dan pelbagai penganut-penganut agama.
RUU 355 menjadi fokus syurgawan kerana mereka lebih berbicara tentang isu-isu yang ada kaitan secara langsung dengan Muslimin supaya mereka boleh mengancam dengan syurga neraka. Mereka kurang berbicara tentang menjaga maslahat rakyat Malaysia secara keseluruhan. Islamisasi mereka bukan bersifat rahmah lil-’aalamiin.
Budaya syurgawan lebih selesa berada dalam zon selamat dan alasan keliru digunakan untuk mengharamkan sesuatu idea. Sesuatu idea ditolak bila dikatakan berpotensi mengelirukan, bukan kerana ada idea lain yang lebih bernas dan hebat. Ummah selalu diancam dengan pelbagai fobia sehingga melihat salib pun dianggap boleh mengelirukan aqidah. Akhirnya mindset ummah takut untuk meneroka dunia idea yang baharu.
Salah satu punca lahirnya syurgawan ialah para tuan guru tidak mampu membina wacana multikultural yang tidak bercanggah dengan Islam. Akhirnya, ummah multikultural dilanda Islamofobia. Sebenarnya Islamofobia adalah juga berpunca dari cara syurgawan mempersembahkan Islam. Persembahan mereka tentang Islam, bukan agama Islam itu sendiri, yang menghasilkan Islamofobia.
Bagaimana memperbaharui budaya pemikiran supaya dapat dibendung budaya syurgawan? Tajdid perlu bermula dengan mentransformasikan sistem dan budaya pendidikan sehingga ke akar umbinya. Pendidikan kita rosak hingga ke dasar. Indikatornya ialah mindset syurgawan yang semakin dominan. Sifat taasub semakin meninggi kepada tuan guru-tuan guru yang mampu menjanjikan syurga atau bermimpi supernatural dan tidak mampu berfikir secara ilmiah dan sistematik, apatah lagi multikultural.
Kita memerlukan ketokohan yang mampu mengubah akar sistem dan budaya pendidikan dengan meletakkan landasan falsafah yang lebih progresif. Penulis yakin Pakatan Harapan beruntung mempunyai dua permata yang tidak ternilai iaitu Datuk Saifuddin Abdullah dan Dr Maszlee Malik.
Saifuddin telah membuktikan kewibawaan beliau sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dulu. Beliau mendapat penghormatan yang tinggi daripada masyarakat multikultural dan popular sebagai reformis dalam kalangan mahasiswa.
Dr Maszlee Malik, campuran darah Cina dan Melayu, memenangkan hati rakyat Cina dan Melayu di Simpang Renggam. Beliau bermindset silang budaya. Bahkan beliau adalah ilmuwan bertaraf global kerana pakar falsafah Barat dan Islamik, fasih Inggeris dan Arab, seorang ustaz usul fiqh dan juga seorang failasuf, graduan universiti Timur Tengah dan Barat. Beliau mampu merangka sistem dan budaya pendidikan yang mampu melahirkan rakyat yang bermindset multikultural.
Kedua-dua tokoh Datuk Saifuddin dan Dr Maszlee mampu memberi diagnosis yang holistik untuk menghapuskan fobia, budaya syurgawan dan budaya taasub kepada tuan guru-tuan guru. Mereka mampu merangka silibus baharu yang berusaha melahirkan rakyat benar-benar berjiwa merdeka, berdiri atas kaki sendiri dan tidak memberhalakan parti.
* Abdul Naser Tun Rahman Tokoh Pendakwah Perak

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.