Lima pengajaran daripada PRU14
Oleh Norizan Sharif
RAKYAT telah bersuara. Keputusan sudah dibuat. Tun Dr Mahathir Mohamad telah kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri. Sekarang ialah masa untuk kita bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara.
Seperti yang saya sebutkan minggu lepas, sekarang ialah masa untuk penyatuan nasional. Perdana Menteri dan Kabinet hendaklah membawa kesemua pihak bersama-sama membangunkan negara. Tugas ini bukanlah mudah. Kita doakan mereka berjaya.
Kita gembira kerana Dr Mahathir telah membuat kenyataan bahawa mereka bukan mahu balas dendam. Apa yang penting ialah menentukan keadilan dan undang-undang dijulang. Kenyataan itu adalah sesuatu yang adil dan saksama.
Oleh kerana bahang pilihan raya masih lagi panas, elok kita toleh ke belakang seketika untuk ambil pengajaran. Kata Rasulullah SAW, umat Islam tidak harus dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali.
Kesilapan yang sering kita lakukan ialah tidak mahu belajar dari sejarah. Apakah yang kita belajar dari pilihan raya kali ini?
Pertama, jawatan bukan habuan. Jawatan ialah beban. Apabila rakyat melihat pemimpin bermewah-mewah, mereka tidak dapat menerima perkara itu. Suatu ketika dulu pemimpin boleh pandu kereta mewah dan tinggal di banglo di bandar. Apabila balik kampung bawa kereta buruk dan naik motosikal.
Sekarang, tidak lagi. Rakyat tidak mahu pemimpin yang berlakon sedemikian. Rakyat mahukan pemimpin yang seperti mereka. Inilah yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini apabila rakyat mengundi pemimpin daripada kalangan orang biasa.
Banglo, kereta mewah, pangkat dan gelar bukanlah perkara penting kepada rakyat sekarang. Usah bermegah-megah.
Kedua, perlu ada sistem semak dan imbang yang jelas. Walau bagaimana hebat sekali pun pemimpin, mereka manusia biasa. Sudah tentu mereka ada kelemahan. Ada yang disengajakan. Ada yang berlaku tanpa sedar.
Sistem semak dan imbang politik hendaklah boleh berikan maklum balas kepada pemimpin. Apabila orang sekeliling tegur, usah melenting. Apabila kawan-kawan berikan nasihat, usah buang.
Mereka yang dipilih memagari pemimpin hendaklah berani bersuara. Kalau tak betul, katakan tak betul. Sekarang bukan lagi masa untuk betulkan pemimpin secara diam-diam.
Ketiga, usah ambil hak rakyat untuk memprotes. Apabila rakyat kata mereka tak mampu menanggung beban kos sara hidup, cuba cari jalan atasi masalah itu. Dengar protes mereka. Usah anggap semua rakyat kaya macam pemimpin.
Apabila rakyat kena ikat perut sedangkan pemimpin dilihat hidup mewah, rakyat hilang sabar. Apatah lagi pemimpin-pemimpin itu sendiri memperlekeh apabila rakyat protes. Rakyat tidak dapat menerima pemimpin meremehkan pendapat mereka.
Keempat, pastikan ada integriti kepimpinan. Ramai orang hilang kewarasan apabila jadi pemimpin.
Pangkat dan harta membutakan mata ramai orang. Perkara yang sama wajar diingatkan kepada pemimpin-pemimpin yang baru dilantik.
Sewaktu tak ada apa-apa, tidak susah untuk merendah diri. Apabila ada jawatan, ramai yang bergayut sampai mati.
Tidak ramai pemimpin yang sanggup meletakkan jawatan sewaktu di mahligai kuasa. Ada, tetapi jumlah mereka cukup kecil. Walaupun mulut berkata nak berkhidmat kepada rakyat, hakikatnya mereka mahu melindungi kantung sendiri. Itulah jadinya apabila pemimpin hilang integriti.
Dan, akhir sekali kelima, turun dari jawatan apabila sedar sudah sampai masa untuk berbuat begitu. Ramai orang pandai naik tangga politik, tetapi tak reti bagaimana untuk turun.
Dalam politik, perlu ada exit plan. Kita bukan saja patut merancang untuk naik, tetapi juga merancang untuk turun. Jika kita masuk politik dengan misi, tak susah nak keluar. Apabila selesai kerja, kita boleh pergi dengan rela hati.
Kalau betul nak berkhidmat kepada rakyat, tak perlu menongkat langit. Buatlah kerja elok-elok. Apabila selesai, pergilah dari situ.
Ingatlah, kalau kita belajar bagaimana untuk naik, belajarlah juga bagaimana untuk turun. Usah lupa, monyet pun tahu bagaimana nak turun pokok kelapa!

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.