https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerja Pembangkang Kan Begiru ..

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Kerajaan PH semenangnya berusaha kuat untuk memenuhi janji manifesto pilihanraya. Namun kita sedia maklum ada beberapa kekangan tertentu samada dari segi ekonomi dan undang-undang yang melambatkan beberapa proses untuk menunaikan janji.

2) Malah pihak yang mengkritik PH juga tahu kekangan-kekangan tersebut. Namun biasa laa dah sifat pembangkang dan orang yang tak puas hati, pasti cari isu untuk diskredit kerajaan PH. Orang PH tak payah sentap pun dengan cuit-cuit pembangkang.

3) Saya pun tak kisah sangat PH lambat tunaikan janji manifesto. Dah faham sangat falsafah takkan kahwin hari ni semalam beranak. Cuma kadang-kadang terhibur juga apabila kita cuit-cuit PH..
respon macainya memang win punya sentap. Err... Sama saja respon walaun kalau PAS kena cuit... kan?

4) Sekarang ni, pembangkang yang paling cool adalah BN, atau lebih fokus, Umno. Diam seribu bahasa. Orang troll depa pun, macai depa diam saja. Seakan redho... ataupun pasrah. Tambahan pula komponen-komponen kini tinggal 4 sahaja.

5) Umno kini tidak cakna sangat hal kerajaan PH. Semangat yang ranap belum ada tanda pulih. Mungkin selepas pemilihan agung nanti akan dikemudi dengan baik untuk memulihkan semangat dan bersedia betul-betul menjadi pembangkang yang kuat. Di parlimen, mereka jauh lebih kuat sebagai pembangkang berbanding PAS. Cuma moral mereka sahaja merosot teruk berbanding PAS.

6) Terbaru, KJ, Zahid dan Kuli dikatakan bakal berentap merebut kerusi Presiden, setelah berkurun-kurun lamanya kerusi Presiden tidak dipertandingkan. Dari segi moralnya, KJ nampak lebih strong. Kuli sudah tua dan kredibitinya untuk memajukan Umno dipertikai kerana berdiam diri saat Najib dituduh isu besar seperti 1MDB etc.

7) Manakala moral Zahid lebih teruk apabila langkah beliau sebagai pemangku Presiden sumbang, tatkala beliau pergi 'mendapatkan' nasihat Tun Mahathir untuk membaikai Umno. Bukan sahaja Tun tidak memberi nasihat, bahkan memburukkan lagi imej Umno.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.