Senarai akhir calon pemilihan UMNO dijangka Rabu
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Senarai akhir calon yang akan
bertanding pada pemilihan UMNO 30 Jun ini dijangka diketahui
sekurang-kurangnya dua hari lagi, kata Ketua Setiausaha Sekretariat
Pemilihan UMNO Datuk Norazuwan Aziz.
Beliau berkata pihaknya masih melakukan proses saringan termasuk dari aspek insolvensi terhadap semua calon yang menghantar borang pencalonan.
"Kita perlu melihat pelbagai aspek bagi memastikan mereka benar-benar layak. Selain itu, calon juga perlu melepasi saringan dan mematuhi perlembangaan serta melepasi syarat yang ditetapkan parti.
"Saringan mungkin boleh selesai dalam masa dua hari lagi, dan kita akan muat naik senarai dalam laman web UMNO nanti," katanya kepada pemberita selepas proses cabutan undi bagi menentukan nombor calon untuk pemilihan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Menurutnya seramai 615 anggota UMNO telah mencalonkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi dan sayap parti.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.