Utusan, sudah-sudahlah main api perkauman
DUA bekas ketua pengarang Utusan Malaysia hari ini menyatakan rasa
kesal bahawa akhbar yang pernah mereka pimpin masih terperangkap dalam
"kepompong sempit dan penuh dengan prasangka".
Dalam satu kenyataan keras hari ini Zainuddin Maidin dan Johan Jaaffar berkata akhbar itu menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia.
Memetik isu terkini mengenai pelantikan peguam negara yang baru, mereka mengatakan adalah tidak dapat diterima apabila Utusan Malaysia bermain api dengan cuba menyemarakkan sentimen kebencian dan keresahan orang Melayu dan orang Islam terhadap pelantikan seorang bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan itu.
Cara Utusan Malaysia, menurut mereka, memberikan gambaran seolah-olah agama Islam dan kepentingan Melayu akan terjejas dengan pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas.
Zainuddin dan Johan menegaskan bahawa prinsip pelantikan sepatutnya adalah “integriti di atas segala-galanya- tanpa mengira kaum dan agama”.
“Kami bersyukur satu lagi kemungkinan krisis dapat dielakkan apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara.”
Mengulas lanjut pendirian rasis Utusan Malaysia, kedua-dua bekas editor itu berkata ia telah membangkitkan rasa tidak senang rakyat khususnya di kalangan orang Melayu sendiri sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Malahan, kata mereka Utusan Malaysia telah dipersalahkan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional dalam PRU14. Umno mempunyai saham dalam Utusan Malaysia.
“Tetapi malangnya sehingga hari ini, pimpinan editorial Utusan Malaysia semacam enggan mengakui mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Zainuddin yang memegang jawatan ketua pengarang dari 1981 hingga 1992 manakala Johan ketua pengarang dari 1992 hingga 1998 mengakui bahawa Umno dahulu pernah memperlihatkan kadar toleransi yang tinggi dan mengekalkan prinsip perpaduan antara kaum.
Sejak zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) sehingga baru-baru ini, mereka berkata, Umno tidak menunjukkan keadaan terdesak untuk memenangi hati dan minda orang Melayu.
Mereka berkata perubahan Umno amat ketara apabila sokongan orang Melayu mula terhakis, dan akhbar Utusan Malaysia hari ini mencerminkan keadaan terdesak Umno itu.
"Kami ingin mengingatkan pimpinan Utusan Malaysia bahawa dinimisme masyarakat telah berubah dan begitu juga lanskap politik negara, bumi telah bergerak di bawah tapak kaki pemimpin editorial Utusan Malaysia mungkin tanpa mereka sedari,” kata kedua-dua bekas ketua pengarang itu,
Zainuddin dan Johan berkata kelihatannya “business as usual” (urusan seperti biasa) bagi Utusan Malaysia.
Hinggakan dalam keadaan kewangan syarikat itu yang tenat sekarang, Utusan Malaysia masih enggan berubah untuk menarik pembeli dan meningkatkan pendapatan iklan, kata mereka.
“Kami menggesa pimpinan editorial Utusan Malaysia untuk keluar dari kepompong mereka. Kita sekarang berada dalam era baharu. Kita menyaksikan Malaysia baharu. Menafikan kenyataan ini adalah satu kesilapan yang amat besar bagi akhbar itu,” kata mereka.
Zainuddin dan Johan berkata pada waktu media mendapat kebebasan baharu, Utusan Malaysia tidak sepatutnya membenarkan dirinya dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk agenda buruk mereka bagi melemahkan kerajaan yang ada. – Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.