Apabila Api Sudah Padam Tidak Perlu Memukul Bara
Oleh Mohd Sayuti Omar
Sebelum Piraum setiap kali kita dengar Dr Mahathir berceramah beliau tidak pernah berhenti daripada mengkritik Najib Razak.
Tiga atau empat perkataan yang beliau jadikan peluru untuk serang Najib, PENIPU, PENCURI, PENYGAK dan PEROMPAK.
Naik cemuih kita mendengar perkataan itu diratib dan ditasbehkan. Tetapi itulah cara dan strategi Dr Mahathir. Beliau fokus mengenai sesuatu perkara.
Semua itu dilakukan untuk menanam rasa marah kepada Najib dan mengalahkan bekas PM itu dalam pilihan raya. Akhirnya usaha beliau itu berjaya.
Tetapi selepas selesai pilihan raya, beliau menjadi PM dan kerajaan PH dibentuk, beliau tidak lagi menyebut empat perkatan yang menjadi taglinenya itu.
Beliau lupa terus kepada Najib Razak membiarkan aparat kerajaan mengurusnya. Apa yang ditumpu sekarang ini bergerak ke hadapan untuk membina negara bersama kerajaan baharunya.
Itulah Dr Mahathir.
Elok sekali kalau cara beliau itu ditiru. Apabila selesai pilihan raya, kehendak kita dicapai, maka lupakan untuk serangan itu sebaliknya fokuskan kepada pembentukkan masa depan negara.
Apabila api sudah padam tidak guna lagi kita memukul bara. Sesungguhnya dalam hal ini Dr Mahathir adalah guru terbaik.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.