Mabuk durian
Oleh DR SUHAZELI ABDULLAH
PERANG PRU sudah berlalu, sudah tahu siapa menang siapa kalah. Musim World Cup sudah sampai kemuncak. Semuanya ada penyokong dan ada pembangkang. Sanggup sengkang mata nak lihat pasukan kegilaan mereka berentap.
PERANG PRU sudah berlalu, sudah tahu siapa menang siapa kalah. Musim World Cup sudah sampai kemuncak. Semuanya ada penyokong dan ada pembangkang. Sanggup sengkang mata nak lihat pasukan kegilaan mereka berentap.
Kemudian sehari dua ini timbul pula musim durian. Tak terlepas juga posting dalam WhatsApp
dan media sosial kelebihan dan keburukan durian. Sampai ada yang
bertekak hingga larut malam. Tidak kurang juga asyik mesej saya untuk
jawab isu ini.
Saya malas nak jawab serius. Cuma untuk 'food testing', mintalah tolong hantar sebakul durian-durian tu ke rumah saya, lepas itu baru boleh saya jawab.
"Doktor sokong ke bangkang?"
Makanlah sederhana. Bagi yang ada penyakit makanlah sekadar pecah liur. Ubat jangan tinggal.
Kemudian ada kawan tanya, makan ubat hospital dengan durian boleh bahaya ke?
Mabuk atau interaksi ubat dengan makanan
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ianya berbeza antara setiap
individu. Majoriti orang tidak mabuk apabila makan disekalikan dalam
jarak masa dekat antara ubat dan makanan. Antara contoh yang biasa
disebut-sebut oleh masyarakat adalah ubat campur buah durian, betik,
timun cina dan beberapa jenis lagi.
Sehingga kini tiada kes kematian
dicatatkan. Mabuk hanya melibatkan pening, loya, muntah. Kemudian
setelah berlalu masa, seseorang itu kembali segar.
Bagi mengelakkannya (mabuk) adalah
jarakkan masa makan dua bahan tersebut. Paling kurang dua jam. Dengan
mengambil satu keadaan bahawa buah yang dimakan tidak akan bercampur
sekali dalam perut. Justeru, tidak berlakulah interaksi kedua-duanya. -




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.