PRK SG KANDIS : Tolak Pakatan Harapan !
Oleh Nasrudin Hassan
1. PAS tidak menghantar calon kerana PAS telah memutuskan awalnya untuk memastikan Pilihanraya Kecik Sg Kandis menyaksikan hanya 1 lawan 1. (Supaya undi pembangkang tidak pecah dan PH mudah ditewaskan. Asal Bukan Pakatan Harapan -ABAH)

2. PH mesti dikalahkan dalam PRK Sg Kandis. Ia menjadi satu isyarat
kepada kerajaan PH bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan
kegagalan PH menunaikan janji pilihanraya seperti hapuskan tol, turunkan
harga minyak, hapuskan hutang peneroka felda dan banyak lagi yang boleh
disenaraikan kemudian.
3. Kerajaan PH dilihat sangat tidak seimbang. Rasis dan terlalu membuka jalan kepada persendaan Islam. Suara - suara yang mengundang keresahan ummat Islam makin marak bebas dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh pihak kerajaan PH.
4. Seperti gesaan supaya Maahad Tahfiz ditutup, terlalu memberi muka kepada LGBT, pemikiran anti hadis, posisi penting dalam sektor kehakiman dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam, pemikiran liberal, terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi pemimpin kerajaan, dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam dalam PH dan sebagainya. (yang juga boleh disenaraikan kemudian.)
5. Justeru itu, beraksi dipentas demokrasi dan menghormati hak memilih, maka pengundi diseru supaya menolak PH dalam pilihanraya kecil Sg Kandis. Anda mempunyai 1001 sebab untuk menewaskan PH dalam PRK Sg Kandis.
P/S : Kekalahan PH dalam PRK Sg Kandis adalah untuk menyentak lamunan mereka yang masih asyik dengan kuasa yang dimiliki agar tunaikan janji pilihanraya dan tidak lagi membohongi rakyat.
Pilihan ditangan anda. Rakyat adalah hakim.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.