https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sivarasa: Fitnah dakwa MRSM untuk semua kaum

KUALA LUMPUR, — Kerajaan tidak pernah bercadang membuka Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada semua kaum seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata tuduhan itu termasuk menukar nama kepada Maktab Rendah Sains Malaysia tidak benar, lapor Harian Metro.

“Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat,” kata R. Sivarasa.


“Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat.”
Tegas wakil rakyat Sungai Buloh, lawatanya ke Ibu Pejabat Mara baru-baru bagi membincangkan sistem kuota sedia ada.

Ia berhubung, peruntukan 10 peratus tempat di MRSM untuk bukan Bumiputera.
Baru-baru ini tular paparan WhatsApp seorang individu dalam pertemuan itu yang mendakwa Sivarasa mahu membuka MARA kepada semua.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.