Tiada kaitan politik, akaun bank Najib tidak lagi dibeku
KUALA LUMPUR, 18 Julai — Akaun bank peribadi milik bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan, demikian menurut
sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber SPRM berkata akaun berkenaan tidak lagi mempunyai kaitan dengan politik mahupun perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.
“Sejak semalam [Isnin] lagi akaun Najib tidak dibekukan lagi kerana tiada kaitan dengan perkara yang sedang disiasat ketika ini,” kata sumber itu kepada Bernama.
Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut melibatkan beberapa akaun lain, sumber SPRM berkata kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga akan ditarik kembali.
Pada
2 Julai lepas, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
telah membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik serta
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan dana RM1.1 bilion pada
26 dan 29 Jun 2018 lalu.
Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55 syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB. — Bernama
Sumber SPRM berkata akaun berkenaan tidak lagi mempunyai kaitan dengan politik mahupun perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.
“Sejak semalam [Isnin] lagi akaun Najib tidak dibekukan lagi kerana tiada kaitan dengan perkara yang sedang disiasat ketika ini,” kata sumber itu kepada Bernama.
Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut melibatkan beberapa akaun lain, sumber SPRM berkata kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga akan ditarik kembali.
Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55 syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB. — Bernama




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.