Zam dangkal, 'purbakan' Bahasa Arab
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
KUALA LUMPUR:
Perlekehan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam)
bahawa Bahasa Arab bukan bahasa ilmu menggambarkan pola pemikiran
liberalnya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sifat pemikiran sedemikian
akan menyamatarafkan nilai semua ilmu.
Lalu mereka itu menurutnya, gagal
mengadunkan antara nilai-nilai murni dari tamadun lampau dengan moden,
walhal Bahasa Arab merupakan 'punca dan rangsangan' kelahiran Tamadun
Barat.
"Mungkin Zam secara dangkal menganggap
Bahasa Arab sudah jadi 'purba' dan tidak diperlukan lagi. Otak Zam hanya
nampak bahawa ilmu itu adalah sains Barat.
"Dia lupa bahawa manusia dibina dengan
ilmu sahsiah insani, bukan dengan robot. Mungkin otaknya juga sudah jadi
macam robot tanpa hati.
"Apakah Zam cuba menafikan kelahiran
tokoh-tokoh dunia hari ini yang menulis dalam Bahasa Arab? Jika begitu,
buanglah semua bahasa termasuk Bahasa Melayu dan sumbat otak rakyat
Malaysua dengan ilmu dalam Bahasa Inggeris sahaja," bidas beliau.
Ahli Parlimen Bachok itu juga menyatakan bahawa Zam sememangnya dikenali tidak pernah menghargai ilmu dan ilmu agamanya sendiri.
Beliau memperumpamakan orang yang tidak
pernah terima ilmu dalam Bahasa Arab umpama tidak pernah menonton filem
Allahyarham Tan Sri P Ramlee lalu menyatakan seniman agung itu tiada
kedudukan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.