Abai suara pertikai, kukuhkan perjuangan
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
GOMBAK: PAS mempunyai
asas perjuangan paling kukuh, serta himpunan pelbagai ibrah kemahiran
dan watak yang menjadikannya utuh hingga boleh mencapai pemerintahan
lebih 25 tahun sepertimana di Kelantan.
Sehubungan itu Mursyidul Am PAS, Dato'
Tuan Guru Hashim Jasin menyeru seluruh ahli PAS meneruskan perjuangan
didukungnya tanpa mempedulikan suara-suara pertikaian yang cuba
melemahkan.
Beliau menyifatkan suasana politik
ketika ini tidak tumpah seperti kisah Abu Nawas bersama anaknya dengan
keldai mereka yang berdepan pelbagai reaksi orang terhadap mereka.
Menurutnya, pemimpin PAS termasuk Ahli
Parlimen PAS bergerak seluruh negara membicarakan pelbagai isu, namun
diberi reaksi balas serba tidak kena oleh pihak lain.
Pun begitu, ahli PAS ujarnya perlu
menyedari, disebalik semua itu pertolongan Allah sentiasa datang kepada
jamaah ini dan demi menguatkannya mestilah wujud wala' kepada pemimpin.
Beliau memuji kepelbagaian watak yang
ada di dalam PAS di mana semua itu disifatkannya menguatkan dan
mengingatkan ahli parti supaya tidak bertindak untuk merosakkan masa
depan jamaah.
Nasihat beliau, jangan membusukkan kawan
dan sebarang kelemahan mestilah diperkemaskan dengan sentiasa bertindak
menjangkakan kebaikan pada masa depan, serta tidak bercanggah syariat.
"Jangan ada suara-suara sumbang.
Cukuplah dulu kita dah bersihkan G-18 daripada suara-suara sumbang ini.
Sekarang marilah kita bersama-sama membulatkan kerjasama dan melihat
matlamat kita.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.