https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dr Wan Azizah menteri paling popular

Badan pungutan suara Merdeka Centre mengumumkan bahawa tinjauan pendapat terbarunya mendapati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah menteri kabinet paling popular di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Menurut tinjauan melibatkan 1160 orang yang dijalankan pada 7 hingga 14 Ogos itu, Dr Wan Azizah mendapat kadar sokongan sebanyak 75 peratus dengan 16 peratus saja tidak berpuas hati dengan prestasinya.

Presiden KEADILAN itu mendapat sokongan tinggi daripada masyarakat Melayu (71 peratus sokong; 19 peratus tidak sokong) dan bukan Melayu (84 peratus sokong; 9 peratus tidak sokong).
Tempat kedua dan ketiga diduduki oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan (54 peratus kadar sokongan; 15 peratus tidak) dan menteri dalam negeri (62 peratus sokong; 18 peratus tidak).

Tempat kelima dan keenam pula Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (58 peratus sokong; 22 peratus tidak) dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad (53 peratus sokong; 13 peratus tidak).

Sementara itu, tinjauan sama mendapati Menteri Kewangan Lim Guan Eng amat popular di kalangan orang bukan Melayu dengan kadar sokongan 84 peratus.

Di kalangan responden Melayu pula, 44 peratus berpuas hati dengan setiausaha agung DAP itu manakala 42 lagi peratus tidak berpuas hati.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.