Titik perubahan bakal bermula di PRK Seri Setia
PETALING JAYA: PRK N.32
Dun Seri Setia perlu menjadi titik tolak perubahan dalam Dun Selangor
dengan menambah suara pembangkang yang akan menegur kerajaan, demikian
seru Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya juga, ia merupakan peristiwa
bersejarah kerana kebangkitan baharu rakyat khususnya di Selangor akan
dilihat setelah hampirnya 100 hari pemerintahan kerajaan baharu PH, yang
ditakdir Allah S.W.T berlaku tiga kali PRK berturut-turut di negeri
itu.
Jelas beliau, perkembangan mutakhir memperlihatkan bahawa rakyat ingin melihat sesuatu dengan harapan-harapan besar diberi kepada mereka setelah berlaku perubahan kerajaan, tumbangnya BN yang memerintah lebih daripada 60 tahun.
"Terutama dua isu besar yang melanda, pertama isu 1MDB yang mengambil sokongan hampir separuh daripada golongan pertengahan dan golongan atasan, ahli-ahli akademik, golongan cendekiawan. Manakala separuh lagi diambil dengan isu bebanan kos hidup iaitu isu GST.
"Kerajaan PH membuat janji kepada rakyat 10 janji utama yang akan diselesaikan dalam masa 100 hari. Perkara pertama yang mengejutkan rakyat bila diisytiharkan negara berhutang hampir lebih daripada RM1 trillion yang menjadi alasan kukuh bagi PH untuk tidak melaksanakan manifesto.
"Laporan Audit yang baru dibentangkan di peringkat Parlimen mengesahkan bahawa hutang sebenar kerajaan hanyalah RM686 juta sahaja, bukan RM1 trillion sebagaimana yang didakwa," bidasnya pada ceramah di Desa Mentari, di sini semalam.
Terang beliau, hal itu bermakna PH memasukkan berapa item yang bukan dalam mekanisma biasa pengiraan hutang negara bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya hutang negara sangat besar dan banyak hingga tidak boleh dikawal.

Sehubungan dengan itulah menurutnya, PH
melancarkan Tabung Harapan yang mendesak dan minta rakyat secara
sukarela memberi sumbangan untuk tolong bayar hutang negara, sedangkan
ia memakan diri apabila para pelabur-hilang keyakinan terhadap keduduk
kewangan Malaysia.
Tempelaknya, tidak ada negara di dunia yang mempunyai banyak hutang hingga terpaksa melancarkan tabung derma untuk tolong negara sebagaimana dilaksanakan PH itu.

"PAS kita mengambil alih Kelantan dengan
hutang yang sangat banyak. Walaupun Kelantan menubuhkan Tabung Serambi
Makkah, tapi bukan untuk tolong kerajaan negeri, sebaliknya untuk tolong
rakyat yang susah.
"Akibat daripada itu, hutang itu disebut berkali-kali dalam Parlimen. Mereka cuba meyakinkan bahawa hutang sebanyak RM686 bilion itu merupakan suatu angka yang perlu diterima oleh seluruh rakyat," ujarnya yang juga menyatakan hal itu menjadi alasan untuk PH tidak laksanakan 10 Janji 100 Hari.
Beliau turut memaklumkan betapa segala siasatan dan tangkapan, serta pembatalan projek-projek dahulu dilakukan PH dengan alasan yang tidak logik dan tidak munasabah walaupun diakui berlaku salah guna dalam urus tadbir.

Beliau merujuk kepada Program Latihan
Khidmat Negara, Biro Tata Negara, Akta Anti Berita Palsu dan seumpamanya
yang kini sedang diusaha untuk dilupuskan PH dengan alasan berkaitan.
"Saya sebut bahawa kalau ini masalahnya, kerajaan baharu tidak perlu mengubah semua benda, tetapi membetulkan yang tak betul. Kalau dulu kerajaan salah guna, maka kerajaan baru mesti betulkan matlamat dia supaya tidak perlu membubar.

"Sebab implikasi membubar sesuatu
jabatan melibatkan kos kakitangan yang besar. Dan kita tahu bagaimana
untuk menukar sistem daripada GST kepada SST sahaja dia menelan belanja
hampir dekat RM200 juta pengurusan, latihan, kemahiran, dan sebagainya.
"Sebab itu bagi kita, kita melihat ini di antara kaedah pelaksanaan janji-janji dalam manifesto yang tak boleh ditunaikan. Rakyat mesti menunjukkan, menghantar isyarat terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.
"PRK Seri Setia ini betul-betul menjadi peluang kepada rakyat Selangor khususnya untuk menghantar satu isyarat terhadap penerimaan pengundi-pengundi dengan apa yang dijanji oleh PH," ujarnya.
Beliau turut menyatakan keyakinannya
terhadap sokongan dibuat oleh semua pihak dan merakamkan penghargaan
kerana Umno sedia memberi laluan serta menurunkan jentera membantu PAS."Sebab itu bagi kita, kita melihat ini di antara kaedah pelaksanaan janji-janji dalam manifesto yang tak boleh ditunaikan. Rakyat mesti menunjukkan, menghantar isyarat terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.
"PRK Seri Setia ini betul-betul menjadi peluang kepada rakyat Selangor khususnya untuk menghantar satu isyarat terhadap penerimaan pengundi-pengundi dengan apa yang dijanji oleh PH," ujarnya.
Malah kata Tuan Ibrahim, PAS menerima semua pihak termasuk daripada PKR, DAP atau daripada PAN sekalipun yang mahu bersama-sama untuk menolong PAS dalam PRK kali ini setelah ramai mengatakan kekecewaan dan mahu memberi komitmen untuk menyokong PAS.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.