Jadikan PRK Seri Setia 'Referandum Rakyat'
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
PETALING JAYA: PRK
N.32 Dun Seri Setia perlu menjadi referandum rakyat terhadap pentadbiran
Kerajaan PH, demikian seru Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz
Sallehen Mukhyi.
Beliau yang juga Pengarah Operasi PAS
PRK Dun Seri Setia mengajak seluruh pengundi pelbagai kaum di situ
memberikan satu signal yang jelas kepada PH kerana jelas tidak boleh
diharap.
"Dalam tempoh dan pilihan raya kali
ini, Allah telah atur satu perjalanan tempoh penamaan calon lebih kurang
tempoh 100 hari PH menjadi kerajaan. Dalam tempoh itu jugalah mereka
gagal untuk melaksanakan janji-janji mereka dalam manifesto yang mereka
telah gariskan.
"Oleh sebab itu saya mengajak pada
seluruh rakyat termasuk juga pengundi-pengundi PH yang lalu, kali ini
supaya menjadikan pilihan raya ini sebagai satu referendum rakyat
memberikan satu signal yang jelas bahawa rakyat kita semua tidak suka
kepada penipuan. Biar kita ajar PH, kita didik mereka dengan pendidikan
politik.
"Sebab dalam sistem pilihan raya dalam
negara kita apabila parti daripada kerajaan meletak calon dan
pembangkang meletak calon, sudah tentu PAS sebagai parti pembangkang
bersama rakan-rakan yang lain dalam Pakatan pembangkang, Umno,
parti-parti yang lain juga dan bersatu di dalam Pakatan Pembangkang
untuk membentuk satu sistem 'Check and Balance' yang kukuh dalam negara kita," serunya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada ceramah khas sempena
Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK N.32 Dun Seri Setia di Desa Mentati,
dekat sini sebentar tadi.
Menurutnya, pertandingan yang dijangka
dengan calon PKR yang mewakili komponen dalam PH itu sekiranya mereka
menang, tidak menambah apa-apa kepada kerajaan, namun sebaliknya jika
mereka kalah katanya, calon yang kalah pasti akan menjadi Penyelaras DUN
atau tetap ada jawatan dalam kerajaan.
"Kalau dia menang, bererti kita gagal
untuk menghantar suara yang kuat bagi memberikan satu pendidikan politik
kepada PH. Sebab itu saya percaya rakyat matang PRK kali ini akan
memberikan undi kepada PAS bagi membina dan membentuk satu suara 'check and balance' yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri.
"Sebab Pakatan Harapan kalau dia
menang pun dalam sistem negara, negeri kita, dia tetap akan dilantik dan
tetap ada jawatan dalam kerajaan kita. Oleh sebab itu kita harap
Pilihan raya kali ini seluruh masyarakat sebagaimana saya sebut jadikan
pilihan raya sebagai satu referendum untuk memberikan satu pengajaran.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.