Pindaan Perlembagaan: Tiada kuasa memaksa
KUALA LUMPUR: Satu pindaan undang-undang pernah dibuat sewaktu Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri ke-4 atas 'act and advise' (tindakan dan nasihat) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada tahun 1993 iaitu melibatkan perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181.
Namun atas semangat pindaan
perlembagaan, setiap negeri telah memasukkan perlembagaan yang sama
dalam perlembagaan tersebut dan hanya beberapa negeri yang tidak
menguatkuasakan undang-undang itu atas tidak mendapat perkenan daripada
sultan, antaranya Kelantan dan Kedah.
Justeru
itu, Dato' Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dalam sidang Dewan Rakyat
pagi ini meminta Tun Mahathir menjelaskan sama ada Kerajaan Pakatan
Harapan berhasrat menguatkuasakan perkara tersebut ke setiap
negeri-negeri selaras dengan semangat pindaan perlembagaan (spirit of constitution) sebagaimana semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 lalu.
Memberi penjelasan berhubung perkara
itu, Mahathir menyedari kerajaan tidak mempunyai kuasa paksaan
berbanding negara-negara lain.
Ulasnya, biarpun perlembagaan di negara
ini meniru perlembagaan Britain tetapi tidak pernah berlaku Queen dan
King di Britain menolak keputusan parlimen atas satu formaliti memberi
gambaran jelas bahawa seluruh parlimen mempersetujui.
"Tetapi dalam undang-undang pindaan ini
kuasa rakyat ditentukan tidak boleh sesiapa pun menolak kuasa rakyat
dalam membentuk undang-undang.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.