Orang Asli: Parti politik campur tangan
KOTA BHARU: Sehingga
sekarang kerajaan negeri belum lagi menerima maklum balas serta cadangan
daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mewartakan kawasan
Orang Asli untuk bercucuk tanam.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, tanah tersebut terletak di jajahan Jeli dan Gua Musang.
Katanya, kerajaan negeri akan mewartakan
tanah terbabit termasuk kawasan bercucuk tanam supaya tidak diganggu
program pembangunan.
“Kelantan hanya akan mewartakan tanah
berdasarkan pelan yang dikemukakan Jakoa dan bukannya melayan tuntutan
Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan,” katanya di sini semalam.
Menurutnya juga ada beberapa masalah teknikal sehingga ia agak lambat untuk digazetkan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.