PAS Perak sangkal dianugerah tanah
IPOH: Dakwaan Adun
Keranji, Chong Zhemin bahawa PAS Negeri Perak ada menerima tanah seluas
16,364 meter persegi adalah fitnah dan berniat jahat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria
menyangkal tuduhan tersebut yang didakwa diberi kepada parti itu antara
tempoh 2008 hingga 2018.
Sebaliknya jelas beliau, hal tersebut
sebenarnya berkaitan pertukaran hak milik individu kepada PAS Cawangan
Langkap yang tidak sampai 0.4 hektar.
Tegas beliau, tuduhan tidak berasas
itu adalah fitnah yang bertujuan memburukkan PAS, malah Adun Keranji itu
sengaja menggunakan angka dalam unit meter persegi bermotif
mengelirukan.
"(Dia cuba) menunjukjan seolah-olah
jumlahnya (tanah itu) banyak (luas) sedangkan ia hanya 4 ekar (1.6
hektar). Skala digunakan mengelirukan, kerana sepatutnya dinyata dalam
ekar atay hektar (bukannya meter persegi).
"Jadi kami minta agar dakwaan ini
ditarik balik kerana langsung tidak berasas," ujarnya menyanggah dakwaan
Zhemin di Sidang Dun Perak minggu lalu pada satu sidang media, di sini
semalam.
Jelas beliau, pertukaran tersebut yang
dikongsi lima individu pada tahun 1969 dengan keluasan asal 1.6 hektar,
di mana pada 2012 berlaku pindah milik.
Terangnya, salah seorang pemilik
memberikan sebahagian kecil tanah tersebut kepada Ketua PAS Cawangan
Langkap bersama beberapa individu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak,
Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin mencabar Zhemin mengulangi kenyataan
tersebut di luar dewan agar tindakan undang-undang boleh diadakan.
Zhemin dalam perbahasannya mendedahkan
kononnya kerajaan negeri meluluskan beberapa hak milik tanah kepada
Umno, MCA, Gerakan dan PAS antara 2008 hingga 2018.
Bagaimanapun amalan PAS tidak pernah
memohon perkara sedemikian menyebabkan PAS Perak bertindak membuat
semakan dan mendapat maklumat sebenar sedemikian.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.