Jaga kewujudan Institusi Diraja – Sultan Kedah
ALOR SETAR: Sultan
Kedah mengingatkan rakyat di negeri ini menjaga kewujudan Institusi
Diraja, pengiktirafan dan kedudukan orang Melayu di samping menjunjung
Islam sebagai agama rasmi.
Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah
bertitah unsur-unsur tradisi tersebut dinyatakan dalam Perkara 34(1)
Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Persekutuan.
“Jangan pula diumpamakan seperti ‘biar
bahu memikul, hati menyokong, jangan berlagak semacam orang yang
kenyang, kalau dijamu dengan lauk yang sedap sekali pun dikatakan tawar.
"Beta juga suka untuk menyeru agar
semangat juang memelihara jati diri identiti Kekedahan yang boleh
dicontohi orang luar seperti kegemilangan Kedah suatu ketika,” titah
baginda ketika merasmikan persidangan Dun Kedah hari ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.