Mahkamah syariah: PAS tunggu janji menteri
KOTA BHARU: Kerajaan
Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) diharap terus membantu
Kelantan bagi membangun ekonomi untuk manfaat rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus
berkata, pihaknya berharap kerajaan PH memberikan kerjasama serupa
seperti kerajaan BN sebelum ini.
Katanya, kerajaan BN sebelum ini menyalurkan peruntukan membina pelbagai projek infrastruktur untuk kemudahan rakyat.
Antaranya Medan Ikan Bakar (MIB), Pusat
Transformasi Bandar (UTC), Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan
Pembungkusan (CPCC) di Pengkalan Chepa dan Pasar Baru Berek 12.
“Cadangan projek dan permohonan
peruntukan dibuat kepada Kementerian Kewangan. Kerajaan negeri
menyediakan tanah dan peruntukan pula melalui Kerajaan Persekutuan,”
katanya di sini semalam.
Beliau ditemui selepas majlis ramah mesra CEO Kumpulan PKINK bersama media dan serahan sumbangan sosial korporat.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.