Mesyuarat Exco bincang Pengerusi MSN
KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membincangkan
terlebih dahulu tawaran pelantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN)
Kelantan pada mesyuarat Exco.
Baru-baru ini Kementerian Belia dan
Sukan menamakan anggota Exco kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi MSN
Kelantan yang sebelum ini diterajui pemimpin Umno.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan
NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu perlu dirujuk
kepada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub terlebih
dahulu.
Katanya, ia perlu dibincang bersama-sama termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
“Kemudian ia perlu diputuskan dalam
mesyuarat Exco. Bila sudah ada keputusan, baru kita maklumkan kepada
pihak kementerian,” katanya di sini.
Semalam Wan Roslan menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.