Timbalan menteri membisu isu Dr Ilyani
KUALA LUMPUR: Timbalan
Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye tidak memberikan sebarang respon
terhadap khabar angin berkaitan tindakan tatatertib terhadap Dr Ilyani
berhubung surat terbuka kepada Marina Mahathir.
Persoalan tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim ketika sesi jawab lisan.
Beliau bagaimanapun menjawab persoalan adakah LGBT dikategorikan sebagai gangguan mental.
"Berkenaan dengan LGBT ini memang bukan semuanya berkenaan dengan sakit mental.
“Ada sebahagian besar daripada LGBT
adalah penyakit organik, penyakit dari segi hormon atau pun penyakit
dalam otak di mana memang dari kajian MRI ke sebagainya boleh
menunjukkan bahawa ada sesuatu dalam fizikal dalam otak yang menyebabkan
mereka bertindak laku sedemikian," kata beliau.
Tambahnya, ia merupakan suatu keganjilan berbanding orang biasa.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.