Siasat, batalkan parti gay terbesar di KL
DEWAN Pemuda PAS
Wilayah Persekutuan (DPPWP) menuntut Kementerian Wilayah Persekutuan
mengambil tindakan tegas untuk menyiasat parti gay terbesar yang akan
dianjurkan selama tiga hari (30 Ogos hingga 1 September) di G Tower,
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Parti Resurrection 2018 adalah program
tahunan komuniti gay sejak tahun 2015. Program ini dianjurkan oleh
Divine Bliss dan telah mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa
seperti portal Element (Asia leading LGBT media network) dan The Gay
Passport.
Pihak penganjur juga dikatakan
menyalurkan sebahagian keuntungan daripada penganjuran parti berkenaan
sejak tahun 2015 kepada Yayasan PT, Majlis AIDS Malaysia, Rumah Pertiwi,
Pertubuhan Wanita dan Kesihatan (WAKE) dan Pertubuhan Kebaikan dan
Kesihatan Umum Malaysia.
DPPWP mendesak pihak Kementerian Wilayah
Persekutuan bertindak tegas dan membatalkan parti ini dengan segera.
Jangan mencemarkan maruah rakyat serta negara dengan penganjuran parti
yang hina ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.