Syabas Mujahid berani minta maaf
KOTA BHARU - Suara Minda Pondok Kelantan menyambut baik permohonan maaf Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkaitan kenyataannya dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Yusoff Al-Habshee berkata, mengakui kesilapan adalah lebih baik daripada mempertahankan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umum.
“Syabas diucapkan kepada beliau selaku menteri agama yang sanggup memohon maaf atas kesilapan menjawab soalan secara spontan dengan media,” katanya
Semalam, Mujahid mengakui terkhilaf dan menarik semula kenyataan beliau pada sidang media selepas bersemuka dengan seorang transgender, Nisha Ayub Jumaat lalu.
Mohd Syamsul turut memuji usaha menyantuni Nisha kerana baginya dari sudut syarie ia tidak salah memandangkan ia bersifat satu kaedah berdakwah dan tidak membawa maksud mengiktiraf golongan itu.
Dalam perkembangan lain, mengulas teka-teki nasib bakal dihadapi Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, beliau juga sebagaimana pihak lain berharap kementerian mempertimbangkan keputusan terbaik kepada pegawai perubatan itu.
“Kami tidak setuju sekiranya tindakan tatatertib dikenakan kerana Kerajaan Malaysia baharu pernah menyatakan rakyat bebas menulis apa sahaja pandangan mereka asalkan tidak berunsur fitnah atau hasutan serta masih menjaga nilai-nilai adab.
“Lagipun Dr Ilyani hanya menyatakan pandangan berdasarkan pengalaman sebagai pengamal perubatan,” katanya.
Nama Dr Nur Ilyani hangat selepas beliau menegur aktivis, Datin Marina Mahathir berkaitan LGBT di mana catatan beliau dalam Facebook dikongsi ribuan pengguna laman sosial.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.