Tak perlu perbesar isu dalam pemilihan PKR
KUALA LUMPUR - ‘Persengketaan’ yang timbul semasa pemilihan PKR diyakini akan berakhir sebaik sahaja proses pemilihan selesai.
Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, mungkin terdapat ‘cuit-mencuit’ antara calon namun beliau tidak merasakan ia berpanjangan.
Menurutnya, dari segi kempen, semua pihak bebas untuk mengutarakan pandangan serta hujah dan ahli boleh buat penilaian mengenai gerak kerja mereka.
“Ini bukan soal bunuh karakter pemimpin tapi beri kesedaran kepada anggota (ahli PKR) tapi beri kesedaran dan peluang kepada anggota untuk menilai hujah-hujah.
“Saya rasa perkara sebegini tak perlu disekat atau diperbesarkan. Habis pemilihan, anggota tak tak kira menang atau kalah, bertanding atau tidak, kita kena kembali bersatu.
“Selepas pemilihan, kita perlu bergerak ke depan kerana ada tanggungjawab besar menanti iaitu usaha menjadikan Datuk Seri Anwat Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Johor Bharu ini, keterbukaan diamalkan dalam kempen pemilihan PKR pada tahun ini menyebabkan terdapat mesej yang hendak disampaikan membawa maksud berbeza.
“Itu merupakan cabaran buat pemimpin kita untuk merapatkan jurang pemahaman antara anggota dan rakyat di bawah.
“Sebenarnya itu adalah proses demokrasi cuma dulu kita pembangkang tapi bila jadi kerajaan, tumpuan penuh diberikan kepada pemilihan parti pada kali ini,” ujarnya.
Jelasnya, sebagai satu-satunya parti mengamalkan konsep ‘satu ahli, satu undi’, beliau percaya cara kempen terbaik adalah kempen secara terbuka.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.