TPM: K'jaan sudah cuba sedaya upaya tunai janji, tak akan minta maaf
Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah berusaha bersungguh-sungguh
untuk menunaikan sepuluh janji dalam masa 100 hari mentadbir negara,
kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya berkata benar, (walaupun) nampak 100 hari tidak seperti apa yang kita harapkan. Kita sudah cuba sedaya upaya," katanya kepada pemberita di Parlimen pagi ini.
Beliau berkata kerajaan sedang berusaha untuk menunaikan apa yang dinyatakan manifesto HARAPAN pada PRU ke-14.
"Ia bukan mudah kerana kita berada dalam kedudukan janggal, kita tiada maklumat cukup untuk benar-benar tahu masalah, kemudian kita dapat tahu betapa besar masalah yang ada.
"Saya tidak memberi alasan," katanya lagi.
Ditanya sama ada kerajaan patut meminta maaf kepada rakyat kerana gagal menunaikan janji pada waktu yang ditetapkan, beliau menjawab: "Taklah".
Presiden PKR itu bagaimanapun berpuas hati apabila salah satu janji, Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) - yang merupakan fasa pertama program caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah - sudah pun dimulakan.
Ia adalah program bawah porfolionya sendiri iaitu kementerian wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.