Falsafah hukuman syariah memutik kegerunan
Oleh DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
TINDAKAN Kerajaan
Terengganu menjalankan hukuman terhadap pasangan wanita yang melakukan
jenayah musahaqah secara tidak langsung telah menarik perhatian rakyat
seluruh negara.
Hukuman bersabitkan kesalahan di bawah
Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2001 yang dibaca
bersama Seksyen 59(1) di Mahkamah Tinggi Terengganu itu dijalankan
penuh ketelitian tanpa mendatangkan kecederaan parah ke atas pasangan
berkenaan.
Walaupun terdapat pihak tertentu yang
cuba mempertikaikan cara penguatkuasaan undang-undang takzir itu
dilaksanakan, namun ia dilihat hanya bersandarkan alasan peribadi dan
kononnya tidak menepati hak asas kemanusiaan.
PAS Kedah mengambil pendirian menyokong
tindakan Kerajaan Terengganu melaksanakan undang-undang syariah
berkaitan dalam ruang lingkup bidang kuasa perundangan negeri yang
termaktub di dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Tidak dinafikan, undang-undang tersebut
berjaya membuka mata semua pihak walaupun mendapat pelbagai reaksi.
Namun hakikatnya, falsafah hukuman syariah memutikkan rasa kegerunan
terhadap Allah SWT.
Secara tidak langsung ia dapat mendidik masyarakat khususnya yang beragama Islam, melahirkan keinsafan dan juga tidak dinafikan ia juga merupakan senjata yang dapat membendung gejala sosial seperti perlakuan seks luar tabie.
Secara tidak langsung ia dapat mendidik masyarakat khususnya yang beragama Islam, melahirkan keinsafan dan juga tidak dinafikan ia juga merupakan senjata yang dapat membendung gejala sosial seperti perlakuan seks luar tabie.
Justeru itu, tindakan yang diambil oleh
Kerajaan Terengganu amat tepat memandangkan kes-kes seumpama itu yang
hangat diperjuangkan oleh golongan LGBT dilihat semakin menular di
Malaysia sekarang ini.
Masyarakat perlu disedarkan, perlakuan
menyanggahi fitrah ketentuan Allah itu bukan sahaja mengundang masalah
kesihatan serta pelbagai penyakit malah merupakan dosa besar di sisi
Allah dan akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak.
Pesuruhjaya PAS Kedah
5 September 2018 –
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.