Sebat syarie terbaik cegah perlakuan songsang
Oleh Shaharizukirnain Abdul Kadir
PUJIAN patut diberikan
kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang telah berjaya
melaksanakan hukuman sebat syarie kepada pesalah musahaqah di hadapan
lebih 100 orang awam yang hadir. Ia mencatat satu sejarah baru bagi
Negeri Terengganu apabila hukuman ini pertama kalinya dijalankan dan
diyakini dapat mencegah kesalahan perlakuan sumbang ini daripada
berulang.
2Kecaman oleh Pengerusi SUHAKAM yang
menyatakan bahawa hukuman ini adalah penghinaan dan memalukan dua wanita
tersebut termasuk ahli keluarga mereka serta melanggar undang-undang
antarabangsa menunjukkan SUHAKAM sebenarnya lebih mengutamakan
perundangan antarabangsa yang tidak mengikat berbanding undang-undang
negara yang sedang berkuatkuasa serta jauh sekali memahami prinsip
perundangan Islam dan hikmah pensyariatannya.
Harus ditegaskan bahawa perlakuan LGBT
ini adalah mungkar yang perlu dicegah kerana sesungguhnya Allah telah
membinasakan kaum Lut akibat amalan songsang ini.
Justeru itu, sewajarnya hukuman sebatan
yang menggunakan konsep tarhib (menimbulkan kegerunan terhadap dosa) ini
patut disokong kerana hukuman ini bersifat mencegah (al-rad’u wa
al-zajru) dan mendidik (al-tahzib). Secara tidak langsung, ia mampu
mencegah pelaku daripada mengulangi kesalahan itu dan mendidik orang
yang menyaksikannya agar tidak membuat kesalahan yang sama.
Sehubungan dengan itu, hukuman yang
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu ini merupakan
jalan terbaik yang tidak sama sekali mengetepikan hak asasi manusia
malah dengan cara ini mampu menutup jalan-jalan mufsadah (keburukan).
Paling utama, dengannya ini, kita dapat mencegah daripada mengundang
kemurkaan Allah sepertimana yang telah ditimpakan kepada kaum Lut.
Ahli Parlimen Setiu
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.