https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan Terlalu Persendakan PAS

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kegagalan Pas untuk mencuri kerusi Seri Setia menerusi calonnya Dr Halimah Ali semalam disorak dan diejek begitu rupa. Macam-macam tuduhan dan sangkaan serta kesimpulan dibuat ke atas keputusan pilihan raya itu.

Semua ulasan dibuat kerana perasaan meluap dan benci kepada parti itu. Jika ia dibuat berasaskan fakta dan memahami sifat politik tidak sepatutnya keputusan itu di dikecam. Lawan Pas parti kerajaan tidak boleh mengambil sikap mengejek Pas dan juga Umno. 

Pencapaian calon Pas di pilihan raya itu dan pencapaian calon Umno di Sungai Kandis baru-baru ini satu pencapaian menarik. Walaupun mereka gagal tetapi menambahkan undi popular dan mengekalkan lebih 60% undi mereka dalam Piraum lalu.

Sekiranya Pas dan Umno mengemaskan lagi kerjasama berpadu menjadi sebuah pasukan serta mendamaikan perasaan penyokong masing-masing, ia akan menjadi pembangkang yang kuat.

Kewujudan mereka sebagai pembangkang yang kuat pula memberi kebaikan kepada kerajaan PH hari ini.

Pas dan Umno akan menjadi penimbang tara yang baik dalam politik negara lebih-lebih lagi kepada politik Islam. Peranan ini seharusnya dilihat dengan fikiran terbuka dan politik “albab” oleh orang Melayu. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.