https://critoxium.com/shop/

Terkini

SST : Sedikit panduan teknikal pada usahawan

Oleh Mohd Husainy

 Baru ini sempat mendengar taklimat dari Pengarah Unit Teknikal, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia berkenaan perlaksanaan SST. Sedikit panduan teknikal pada usahawan yang boleh saya kongsikan bersama:

1. Syarikat yang pernah berdaftar GST akan didaftarkan secara automatik sekiranya bidang bisnes yang dijalankan jatuh kepada bidang2 yang perlu caj SST. Maklumat diemailkan kpd syarikat oleh pihak Kastam.

2. Syarikat yang berdaftar GST yang tidak jatuh kepada bidang yang perlu caj SST, tetapi didaftarkan SST secara automatic perlu buat pembatalan no SST tersebut melalui emel atau surat manual.

3. Syarikat yang belum pernah berdaftar pula, yang sudah mencapai tahap jualan ‘threshold’ 500,000 dan 1.5 juta bagi bidang makanan dan minuman dalam tempoh 12 bulan, perlu berdaftar dengan Kastam melalui online atau manual.

4. Semak dilaman web Kastam untuk bidang-bidang bisnes yang perlu caj SST. Contoh bidang servis selain dari pembaikan kereta tidak perlu caj SST, maka servis baiki komputer, baiki aircond, baiki kerosakan bangunan tiada caj SST.

5. Caj SST bagi syarikat perkhidmatan adalah 6%, manakala bagi pengilang adalah 6-10%. Sistem SST ini adalah single level bukan multiple level seperti GST.

6. No pendaftaran SST bermula dengan CP iaitu Cukai Perkhidmatan manakala CJ untuk Cukai Jualan (kepada syarikat pengilang).

7. Tiada lagi no GST di invois.

8. Tiada lagi perkataan TAX INVOIS, hanya INVOIS sahaja

9. Borang yang perlu diisi secara online adalah SST02, dan perlu dihantar 2 bulan sekali.

10. Borang GST03 terakhir bagi bulan 7 dan 8 tetap kena hantar dan perlu dihantar sebelum 31 December 2018. Segala cukai input yang belum dan terlupa dituntut sebelum ini bolehlah dituntut buat kali terakhir.

11. Bagi perkhidmatan konsultansi, peguam, setiausaha syarikat, akauntan, arkitek, caj disbursement seperti traveling, percetakan dan stationeri sekiranya ada perlu dimasukkan sebagai fee yang perlu dicaj GST. Fee duti setem kepada LHDN dan bayaran kepada SSM atau bayaran lain kepada kerajaan dikecualikan dari caj SST.

12. Jika terdapat caj perkhidmatan (Service Charge) 10% dari bil dan resit di restoran atau hotel, itu adalah caj dari syarikat tersebut bukan caj yang dibuat untuk bayaran Kastam. Cuma servis tax 6% saja caj yang dikenakan kepada pengguna adalah tuntutan Kastam.

13. Asas perakaunan bagi syarikat perkhidmatan adalah Asas Tunai. Dah dapat duit dari klien baru bayar kpd Kastam.

14. Asas perakaunan bagi syarikat pengilang pula adalah Asas Akruan. Invois yang sudah dikeluarkan kepada klien kena bayar kepada kastam mengikut tempohnya walaupun bayaran belum diterima.

Secara dasarnya hampir separuh dari 470,000 syarikat yang berdaftar GST sebelum ini tak perlu caj cukai lagi kepada pengguna akhir. Ini secara tak langsung akan menguntungkan pengguna walaupun akan mengurangkan separuh dari pendapatan negara berbanding sistem GST sebelum ini. Jika terdapat kenaikan harga barangan ia adalah dari syarikat pembekal dan penyedia perkhidmatan itu sendiri. Justeru bergantung kepada pengguna untuk memilih produk dan perkhidmatan yang perlu dengan harga yang bersesuaian.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.