Kerjasama UMNO, PAS kukuhkan PH - Rafizi
KUALA
TERENGGANU: Kerjasama antara UMNO dan PAS secara tidak langsung membuka
peluang untuk Pakatan Harapan (PH) mengukuhkan pengaruh di Terengganu
dan Kelantan bermula Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.
Naib Presiden, PKR Rafizi Ramli, berkata ini kerana rakyat di kedua-dua negeri tidak biasa dengan pola politik baharu yang dicetuskan dengan kerjasama itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan ahli kedua-dua parti itu selain pengundi atas pagar memilih untuk menentang kerjasama berkenaan dan memilih PH di kedua-dua negeri.
“Kita tak pernah lagi berada dalam keadaan yang mana rakyat Terengganu dan Kelantan berdepan dengan UMNO dan PAS sekali.
“Kebiasaannya kena pilih antara satu, PAS atau UMNO. Oleh itu akan berlaku peralihan pemikiran pengundi, tetapi kita kena kaji balik ke arah mana.
“Keadaan ini juga akan menyebabkan ada peningkatan (sokongan) kepada PH, tetapi terlalu awal untuk kita katakan sama ada akan terjadi bah besar atau tidak.
“Tetapi saya yakin kalau bersedia daripada awal, ada peluang untuk PH mencuri kerusi di Kelantan dan Terengganu,” katanya kepada media selepas berceramah dalam siri jelajah Reformasi 20 Tahun menjelang pemilihan PKR di sini, malam tadi.
Rafizi yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS berlaku selepas kedua-dua parti menyedari pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada PH.
“Kebanyakan pimpinan lain guna pakai pemahaman lama iaitu kalau PAS keluar Pakatan Rakyat akan lemahkan pembangkang ketika itu, tetapi saya tak ambil (anggap) macam itu.
“Sebagai contoh pada PRU lepas apabila PAS keluar dan jadi tiga penjuru, memberi ruang kepada PH untuk menang.
“PAS dan UMNO melakukan eksperimen yang dapat dilihat pada dua PRK (Pilihan Raya Kecil) dan saya rasa tak pernah lagi ada Presiden UMNO menghadiri Muktamar PAS sebelum ini, tetapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengesahkan kehadirannya.
“Mereka (PAS dan UMNO) fikir akan dapat sokongan lebih kuat daripada pengundi Melayu, tetapi ia tidaklah semudah itu. Yang pasti untuk PRU akan datang kita tak boleh lagi jangka akan jadi seperti yang lepas,” katanya.

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.