Langkah PD bukti Anwar seperti terlalu dahagakan kuasa
Oleh AARON DENISON
Pengumuman Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk melepaskan jawatannya sebagai ahli
parlimen Port Dickson untuk memberikan laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tamparan yang hebat kepada semua pengundi-pengundi di kawasan parlimen tersebut serta kepada semua rakyat Malaysia.
Hal ini adalah kerana ia telah menunjukkan bahawa PKR tidak sama sekali menghormati pendirian serta sensitiviti penduduk di kawasan itu yang baru sahaja melaksanakan tanggungjawab mereka dalam PRU14.
Selain itu, rakyat terus menjadi bahan uji kaji atau ekspermien untuk para ahli politik di negara ini. Ahli politik adalah umpama saintis manakala rakyat adalah umpama tikus makmal.
Sudah banyak kali rakyat Malaysia diperkudakan sebegini dan salah satu contoh yang masih subur dalam ingatan sebagai seorang penduduk di Kajang adalah #LangkahKajang yang sememangnya telah gagal menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor pada waktu itu.
Satu perkara yang ahli politik perlu sedar adalah tentang kekuatan rakyat kerana rakyat inilah yang mengangkat seseorang itu menjadi wakil rakyat. Tetapi kebanyakkan ahli politik sering melupakan perkara ini dan melayan rakyat seperti boneka.
Mereka mengambil sesuatu keputusan untuk kepentingan sendiri dan juga kepentingan parti politik. Perkara yang lebih menyakitkan hati adalah apabila Danyal Balagopal serta ahli-ahli PKR yang lain antaranya, Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail mampu merakamkan senyuman yang begitu manis semasa melakukan pengumuman tersebut.
Senyuman itu adalah satu tindakan yang tidak langsung menghormati penduduk atau rakyat di Port Dickson.
Secara peribadinya, Anwar sepatutnya menunggu sehingga PRU yang seterusnya sebelum
membuat keputusan untuk kembali sebagai Ahli Dewan Rakyat atau menunggu sehingga mana-
mana kerusi parlimen kosong sebelum bertanding dalam pilihraya kecil.
Tambahan pula, hal ini juga bermakna bahawa segala perkara yang telah disebutkan oleh beliau sebelum ini tentang menghadiri fellowship di luar negara serta berehat bagi meluangkan masa bersama keluarga adalah gimik politik semata-mata.
Perkara ini juga jelas menunjukkan bahawa Anwar seperti terlalu dahagakan kuasa dan ingin menjadi perdana menteri yang kelapan secepat mungkin. Sudahkah Anwar lupa tentang peristiwa yang berlaku pada tahun 1998?
Akibat dahagakan kuasa pada waktu itu, beliau telah dipecat oleh Dr Mahathir. Ramai yang menyatakan bahawa sekiranya Anwar sabar buat beberapa tahun lagi beliaulah yang berkemungkinan akan mengantikan Mahathir sebagai pendana menteri kelima dan bukannya Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Pilihanraya kecil yang bakal menampilkan Anwar di kerusi Parlimen Port Dickson ini berkemungkinan terlalu awal untuk beliau melakukan comeback kerana ia mempamerkan imej di mana dirinya seperti terburu-buru dalam keinginannya untuk berkuasa.
Nasihat daripada seorang rakyat Malaysia kepada PKR ialah, sila hormati pengundi dan jangan hanya memikirkan diri sendiri atau parti dalam mengejar kuasa.
AARON DENISON adalah seorang penolong penyelidik di sebuah universiti awam tempatan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.