McDonald's di UK dan Ireland akan guna penyedut minuman kertas ganti plastik
LONDON: McDonald's akan menggantikan penyedut minuman
plastik dengan yang diperbuat daripada kertas di kesemua restorannya di
United Kingdom dan Ireland bermula September ini, lapor BBC pada Jumaat.
"Sebagai susulan perdebatan awam, pelanggan kami memberitahu bahawa mereka mahukan perubahan dibuat berkaitan penggunaan penyedut minuman (plastik)," ujar satu kenyataan McDonald's.
Pada April, kerajaan British mencadangkan pengharaman ke atas penggunaan penyedut minuman plastik dan putik kapas di England.
Hujung bulan lalu, Suruhanjaya Eropah mencadangkan pengharaman
sepenuhnya produk plastik sekali guna seperti putik kapas dan penyedut
minuman plastik, selain meletakkan beban pembersihan sisa tersebut ke
atas pihak pengeluar.
Masalah pencemaran plastik berlaku di seluruh dunia dan hidupan laut juga menjadi mangsa. Di Thailand, kes seekor paus yang mati terdampar di sebuah pantai negara itu telah membuka mata rakyat dunia tentang ancamannya.
Selebriti tempatan yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin, mahukan rakyat Malaysia berfikir tentang masa depan persekitaran yang semakin diancam bahan plastik.
"Sebagai susulan perdebatan awam, pelanggan kami memberitahu bahawa mereka mahukan perubahan dibuat berkaitan penggunaan penyedut minuman (plastik)," ujar satu kenyataan McDonald's.
Pada April, kerajaan British mencadangkan pengharaman ke atas penggunaan penyedut minuman plastik dan putik kapas di England.
Masalah pencemaran plastik berlaku di seluruh dunia dan hidupan laut juga menjadi mangsa. Di Thailand, kes seekor paus yang mati terdampar di sebuah pantai negara itu telah membuka mata rakyat dunia tentang ancamannya.
Selebriti tempatan yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin, mahukan rakyat Malaysia berfikir tentang masa depan persekitaran yang semakin diancam bahan plastik.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.