PAS sokong penuh penegasan PM
PARTI Islam Se-Malaysia
(PAS) menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir
Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak
asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat, yang merangkumi lesbian,
gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta perkahwinan sejenis.
PAS juga menyambut positif ketegasan Tun
Mahathir mengkritik pembentangan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam) berkenaan amalan LGBT bahawa nilai-nilai yang
dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.
Sehubungan dengan itu, PAS dengan ini
tuntas menolak sebarang cadangan atau tindakan dalam apa jua bentuk bagi
mempertahankan amalan LGBT, termasuk mempertikaikan undang-undang yang
bertujuan untuk mencegah dan menghukum mereka yang terlibat dengan
amalan LGBT.
PAS tegas dengan prinsip bahawa sesiapa
sahaja yang dipilih sebagai pemimpin negara Malaysia mestilah mempunyai
akhlak yang baik dan budiman dan tidak terlibat langsung dengan gaya
hidup songsang dan luar tabii. Pemimpin yang dipilih haruslah berakhlak
mulia, berintegriti dan mempromosi gaya hidup fikrah semulajadi yang
telah ditentukan oleh Allah SWT, tuhan yang mencipta manusia.
Pemimpin perlu menjadi model baik bagi rakyat yang dipimpinnya dan ia bertanggungjawab di dunia dan akhirat.
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.