LYNAS: Mana pendirian Kerajaan PH?
Oleh NORMALA SUDIRMAN
SAYA masih ingat lagi perjuangan isu LYNAS yang sebenarnya telah dicetuskan semenjak hujung 2007 atau awal 2008 lagi oleh penduduk Balok serta dipimpin oleh NGO BADAR dari kalangan pemimpin PAS Kawasan dari Dun Beserah dan Dun Kuantan sebelum gerakan ini disertai YB Fuziah selaku Ahli Parlimen Kuantan dari PKR dan beberapa NGO lain seperti SMSL dan Himpunan Hijau yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dari DAP.
SAYA masih ingat lagi perjuangan isu LYNAS yang sebenarnya telah dicetuskan semenjak hujung 2007 atau awal 2008 lagi oleh penduduk Balok serta dipimpin oleh NGO BADAR dari kalangan pemimpin PAS Kawasan dari Dun Beserah dan Dun Kuantan sebelum gerakan ini disertai YB Fuziah selaku Ahli Parlimen Kuantan dari PKR dan beberapa NGO lain seperti SMSL dan Himpunan Hijau yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dari DAP.
Malah pemimpin PAS adalah pihak yang
pertama mewakili penduduk Balok untuk berjumpa dan mendesak agar projek
yang dibawa masuk oleh pihak Kementerian Industri (MITI) di bawah
Kerajaan Umno atau BN ketika itu dibatalkan. Malah kesan dari perjumpaan
itu dengan pihak MITI, walaupun projek itu masih gagal dibatalkan,
peraturan yang sedia ada telah diubah untuk mewajibkan Kajian Terperinci
Impak Alam Sekitar (DEIA) dilaksanakan terhadap mana-mana industri baru
yang berasaskan radioaktif.
Begitu ramai aktivis Anti-LYNAS yang
diheret ke penjara semenjak tempoh itu sehingga kilang itu diberi
kelulusan untuk memulakan operasinya pada tahun 2012.
Ramai sahabat-sahabat saya dari PAS yang
juga terdiri dari kalangan aktivis Anti-LYNAS tertanya-tanya ke mana
perginya pendirian YB Fuziah Salleh, YB Wong Tack dan Kerajaan Baru
Pakatan Harapan terhadap kedudukan kilang kimia ini? Adakah segala
laungan untuk menutup kilang yang didakwa sekian lama mengancam
keselamatan dan kesihatan penduduk setempat akibat kesan radioaktif
hanya retorik politik murahan untuk berkuasa semata-mata?
Sebagai Pengerusi Lajnah Asas Tani dan
Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Pusat, penjelasan isu pelupusan sisa
buangan radioaktif yang masih tidak memuaskan sehingga ke hari ini
termasuk kedudukan operasi kilang kimia itu perlulah segera diatasi
barisan Kabinet Baru Kerajaan Pakatan Harapan khususnya dari YB Fuziah
dan YB Wong Tack sendiri jika mereka benar-benar ikhlas dalam setiap
tutur kata mereka terhadap LYNAS semenjak dahulu lagi.
Semoga hasrat untuk mewujudkan pengeluar
kereta nasional yang ke-3 oleh Tun M yang didakwa akan menggunakan
komponen berasaskan nadir bumi yang dikeluarkan kilang LYNAS tidak
menjadi kekangan kepada kedua-dua ahli Parlimen itu untuk terus komited
dengan pendirian yang mereka ucapkan sebelum ini.
Rakyat sedang menunggu penjelasan mereka berdua. Janganlah terlalu lama kerana 100 hari sudah berlalu.
PAS bukan parti U-Turn dalam isu LYNAS. Adakah Pakatan Harapan sebaliknya? Sama-sama kita nantikan.
(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Malaysia)
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.