Port Dickson Bakal Mengamatkan Politik Malaysia
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pirake Port Dickson 13 Oktober nanti masih jadi teka teki terhadap beberapa perkara. Pihak PH sudah jelas, calonnya adalah Anwar Ibrahim. Sebaliknya dipihak lawan oposisi masih berteka teki dan nampak mereka semacam hilang akal sikit, sikit sahaja.
Umno sudah sudah memutuskan tidak akan letak calon. Zahid Hamidi gunakan istilah boikot pilihan raya itu sebagai bendera putih. Walaupun begitu, tindakan itu semacam tidak merupakan konsensus di kalangan pemimpin Umno.
Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki katanya kurang bersetuju tetapi hormat kepada syura. Begitu juga dengan bekas Naib Presiden Hishamuddin Hussein menganggap tindakan itu luar biasa yang akan memberi kesan kepada masa depan parti. Apabila sudah berada dalam hegemoni Umno tidak sepatut beliau bersuara, tetapi kenapa Hishmuddin jadi gatal mulut untuk berkata-kata.
Mesyuarat biro politik Umno juga katanya hangat bincang perkara itu. Hangat menunjukkan tindakan memboikot itu tidak sekata. Apakah Zahid menggunakan kuasanya sebagai presiden membuat keputusan itu?
Umum faham kalau Zahid bersikap begitu. Beliau mahukan bos keduanya (Anwar) itu berada dalam parlimen. Bukan setakat itu sahaja, tetapi akan menjalini hubungan lebih jauh dari itu berasaskan sejarah politik dan persahabatan mereka. Zahid boleh menjadi Umno askar bantuan kepada Anwar jika Anwar bercadang untuk mengadakan serang hendap.
Hal ini juga dapat dilihat termasuk oleh Selentia yang berkata Zahid membuat keputusan itu berlandaskan hubungan Zahid dengan Anwar sejak lama.
Yang terjempit di sebalik keputuan Zahid ialah Pas. Mulanya Pas beriya-iya untuk membantu Umno.
Semangat Gong Kedok yang dibina Pas dengan Umno mahu direalisasikan senyata-nyatanya di Port Dickson. Tetapi bila Zahid tarik hand break maka tersungkur ke desh board lah muka Pas. Wowlah padan muka...
Sakit itu mungkin menyebabkan akan difikir oleh Pas. Malam ini bertempat di Kuala Terengganu Pas akan membuat keputusan apakah akan akur dengan Umno, sama-sama tidak meletak calon bagi memberi laluan mudah kepada Anwar, atau sebaliknya?
Pas akan bertahjud memikirkan maruah partinya. Jika Pas melihat tindakan Zahid itu ada udang di sebalik batu, Pas mungkin membuat keputusan bersilang, mereka akan ralat semula bayangan sebelum ini untuk tidak meletakkan calon, dengan akan mengumumkan Pas akan bertanding.
Sebaliknya jika Pas juga mengambil tindakan sama ia memberi satu petanda baharu yang Pas juga boleh menerima Anwar. Ini memancarkan sinar baharu sekaligus mengambarkan hati Hadi sudah sedikit mencair dengan Anwar.
Sebaliknya kemelut baharu akan dapat dilihat kalau tiba-tiba Pas memutuskan meletakkan calonnya.
Ia boleh disimpulkan yang Pas mendapat ilham baharu. Ini bermakna mesej yang dihantar kepada Pas oleh seseorang penting negara disambut. Port Dickson dengan ada perlawanan di antara calon Pas dengan Anwar nanti bakal merintis medan perang politik pasca Piraum.
Dengan kemelut ini sekali lagi Anwar menjadi watak utama menghidupkan dan mengamatkan politik Malaysia. Trims.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.