https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sokongan terhadap Umno kian terhakis


PUTRAJAYA - Tindakan dua pemimpin veteran Umno keluar parti memberi kesan besar terhadap  masa hadapan parti keramat itu.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, tindakan keluar parti itu boleh  menyebabkan parti itu kehilangan sokongan majoriti.

Beliau ditanya mengenai kesan tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anifah Aman keluar parti.

"Mereka memberi kesan besar  dan memberi impak pada masa depan parti. Ia boleh membawa kepada kedudukan dari yang mempunyai majoriti kepada keterhakisan sokongan," katanya.

Beliau berpendapat, terdapat sekumpulan orang pemimpin dan ahli Umno yang bersetuju dgn gerak kerja kepimpinan hari ini lebih-lebih lagi  selepas Muktamar PAS.

"Umno sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan dalaman yang jika berterusan akan mezahirkan keadaan tidak menentu dalam parti,"katanya.

Beliau berkata pemimpin Umno harus melihat punca mengapa senario itu berlaku.

"Pemimpin Umno perlu menilai mengapa Umno masih tidak bangkit selepas empat bulan dan adakah tindakan yg keluar kerana kecewa dengan perjuangan hari ini,"katanya.

Dalam pada itu Sivamurugan tidak menolak kemungkinan  kedua-dua pemimpin itu akan beralih kepada parti lawan sebaik meninggalkan Umno.

"Mereka kemungkinan menjadi bebas buat seketika dan kemudian sertai mana-mana parti dan mungkin Bersatu jadi keutamaan,"katanya.

Sementara itu, seorang lagi Penganalisis Politik Dr Muhammad Fathi Yusof menganggap tindakan keluar parti itu  fenomena yang boleh dijangkakan.

Selama ini Umno menguasai negara, maka bila kalah sebahagian ahli dan pemimpin tidak cukup kental dan teguh untuk berperanan sebagai pembangkang,"katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.