https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Selamat pengantin baharu MCA, Pas'


BALAKONG – Tahniah kepada MCA dan Pas kerana akhirnya membuat pengakuan secara terbuka bahawa kedua-dua parti seteru itu kini telah ‘berkahwin’.

Sindiran itu dilontarkan, calon PH PRK Dun Balakong, Wong Siew Ki sebagai reaksi kepada kehadiran Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang turun berkempen untuk MCA, malam tadi.

Siew Ki berkata, tindakan MCA itu membuktikan kepada pengundi bahawa parti etnik Cina itu sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kemenangan pada 8 September ini.

“Tahniah kepada mereka, akhirnya MCA dan Pas berkahwin secara terbuka. Jika dulu umum maklum MCA sering mengkritik Pas.

“Jadi sekarang kita boleh nampak, demi kemenangan mereka (MCA) akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Namun, bagi saya tak ada masalah kalau MCA nak bekerjasama dengan Pas ataupun dengan Umno, sebab pengundilah yang akan menentukan pilihan mereka,” katanya.

Menurut beliau, dulu Pas pernah bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kemudian keluar kerana parti Islam itu sudah terkeluar daripada manifesto blok pembangkang ketika itu.

“Pas sudah lari daripada apa yang kita perjuangkan, jadi mereka berpisah dengan kita.

“Tapi kini mungkin MCA rasa hala tuju Pas sama dengan mereka, jadi mereka bekerjasama mungkin begitu,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Siew Ki dalam era Malaysia Baharu ini Pas dilihat jauh tersasar daripada bekerjasama dengan semua bangsa dalam konteks menuju ‘Malaysia for Malaysian’.

Beliau menegaskan Malaysia Baharu tidak memerlukan kelompok parti yang ekstremis dalam perjuangan bangsa sehingga menjejaskan keharmonian rakyat semua kaum di negara ini.

“Sememangnya Pas sudah jauh tersasar daripada konsep ini, tapi kalau MCA rasa cara perjuangan parti mereka selari dengan Pas, silakan. Biar pengundi tentukan nanti.

“Mungkin juga sudah tiba masanya untuk MCA jujur dan berterus terang yang mereka kini bersama Pas dan cuba untuk meninggalkan Umno. MCA kini seolah-olah menggambarkan situasi ya, kami bekerjasama dengan Pas, apa masalahnya,” katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan, sedikit pun tidak berasa tergugat dengan kehadiran pimpinan Pas mahupun pemimpin tinggi MCA yang turun berkempen di Balakong kerana alasan-alasan yang diberikan kepada rakyat tidak boleh diterima.

“Mereka bukannya betul-betul nak perjuangkan semak dan imbang, sebaliknya merayu kepada pengundi untuk menambah kerusi Dun kepada MCA sahaja,” bidasnya.

1 ulasan:

  1. PAS dan MCA ni dah lama kahwin cuma sekarang ni je baru akad nikah. Tu pun setakat akad nikah olok2 sebab pengantin MCA sendiri tak undang PAS datang majlis. Semua ni lakonan2 dari pelawak2 hipokrit yang tengah meroyan sebab hilang dedak bila BN kalah. PAS dan MCA senasib sebab kedua2nya memang penagih dedak yang kronik dan sekarang bila BN sudah tersungkur, kedua2nya tengah mereng dan gian.

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.