Seri Setia janji masa depan positif buat PAS
PERATUSAN keluar
mengundi sebanyak 44 peratus dalam PRK Seri Setia ini sesungguhnya
adalah satu angka yang rendah dan tidak mencerminkan 53,592 pengundi
yang berdaftar di Dun ini.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan undi
popular PH merosot sekitar 8 peratus manakala undi popular PAS jauh
melonjak lantas menjanjikan masa depan yang positif buat PAS dan blok
pembangkang khasnya di Selangor.
Manakala berdasarkan keputusan di
peringkat saluran PAS kembali memenangi keyakinan anak-anak muda khasnya
dikalangan pengundi-pengundi Melayu. PAS juga kali ini menang diempat
Unit Peti Undi (UPU) berbanding tidak ada satu pun UPU dalam PRU14.
Dalam pada itu kerjasama PAS-Umno dalam
PRK ini ternyata adalah satu strategi politik baru yang berkesan dan
perlu terus diterokai memandangkan ianya diterima baik dan dialu-alukan
oleh masyarakat.
PAS mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang telah mengundi calon PAS, Dr Halimah Ali dan PAS akan
terus bersama-sama rakan-rakannya memain peranan memberikan kesedaran
politik kepada rakyat sehinggalah berlaku satu perubahan politik baru
menjelang PRU ke-15 nanti.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.