Umur kahwin: Wajib dahulukan syarak
Oleh MOHD AMINUDDIN ALING
PARTI Islam
Se-Malaysia (PAS) Sabah meminta semua pihak yang membincangkan mengenai
umur perkahwinan wajib mendahulukan pandangan syarak.
PAS Sabah menyokong penuh kenyataan
Mufti Sabah yang mencadangkan agar umur 14 tahun bagi wanita sudah boleh
dibenarkan untuk berkahwin.
PAS Sabah melahirkan kerisauan
terhadap ulasan dan pandangan pimpinan masyarakat dan orang awam di
media sosial yang memperkecil dan ada juga yang seolah-olah
mempermainkan pandangan tersebut.
PAS Sabah menganggap pandangan Mufti
Sabah merupakan satu pandangan yang berasaskan ilmu dan pandangan agama.
Pandangan tersebut juga sesuatu yang ada kredibiliti. Harus difahami
bahawa pandangan tersebut bukannya menyuruh supaya wanita berkahwin pada
umur 14 tahun tetapi ianya lebih kepada cadangan supaya sekiranya
terdapat kes seumpama itu, pertimbangan syarak mesti didahulukan.
Pihak pembuat dasar dan pemerintah
juga dinasihatkan agar mengutamakan pandangan para alim ulama dalam
memutuskan hal sedemikian. Ini kerana pandangan agama datangnya daripada
Allah SWT dan mesti didahulukan.
PAS Sabah berharap agar pihak kerajaan mempertimbangkan sebaiknya segala cadangan daripada para mufti dan alim ulama.
MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
23 September 2018
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.