PAS kecam serangan di Iran
PARTI Islam Se-Malaysia
(PAS) mengecam serangan semasa perbarisan tentera di Dataran Quds,
Ahvaz sehingga mengorbankan dan mencederakan orang ramai termasuk
anggota elit Pengawal Revolusi, wartawan, wanita dan kanak-kanak.
PAS mengucapkan takziah kepada kerajaan
Iran dan rakyat yang terlibat dalam tragedi ini. Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atas mereka yang terkorban dan diberikan kesembuhan bagi
mereka yang tercedera.
Sewajarnya dunia Islam mengecam Amerika
Syarikat dan negara-negara sekutunya yang menjadi dalang di sebalik
serangan ini, kerana telah mengorbankan rakyat awam dan bertentangan
dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Islam Memimpin”
Presiden PAS
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.