Aktiviti curi air punca kurang agihan bekalan
KOTA BHARU: Air
Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapati aktiviti kecurian air menyebabkan
berlakunya pengurangan agihan air di sesetengah kawasan.
Penasihat Undang-Undang AKSB, Nasrul
Mohamed berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu mengambil
kesempatan mendapatkan air secara menyalahi peraturan.
Katanya, AKSB memandang serius perkara tersebut kerana ia turut menyumbang kepada kadar Air Tidak Berhasil (NRW).
"Tindakan terbabit memberi kesan kepada
pengguna sedangkan mereka yang membuat penyambungan haram dapat
menikmati air secara percuma” katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Nasrul juga berkata, kes terbabit diserah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk diambil tindakan pendakwaan.
Baru-baru ini, AKSB kerjasama SPAN
membawa kes kecurian air oleh sebuah syarikat pemaju di Pasir Mas dan
didapati bersalah dengan dikenakan denda RM12,000.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.